web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Saya Maafkan Awak' Kata Warga Emas Mangsa ‘Samseng Jalan Raya’

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2022 5:27PM

Zainoldin Hussain - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Warga emas, Zainoldin Hussain, yang diserang oleh seorang penunggang motosikal berhampiran jambatan Padang Jawa di Shah Alam, pada Ahad lalu, telah memaafkan lelaki berkenaan.

Zainoldin, yang masih dalam keadaan terkejut, tidak dapat menahan sebak kerana dia tidak menyimpan niat jahat terhadap pemuda berusia 23 tahun itu, yang dianggap seperti seorang anak.

''Saya maafkan dia sepenuh hati. Saya benar-benar sedih, saya anggap dia sebagai seorang anak. Dia baru 23 tahun.

''Saya tidak mahu kejadian seperti ini berulang di tempat lain,” kata pesara itu dalam nada suara yang tersekat-sekat pada sidang media yang diadakan di kediamannya di Kampung Padang Jawa di sini hari ini.

Zainoldin pada sidang media di rumahnya di Kampung Padang Jawa, hari ini. - Gambar oleh Syeda Imran
Zainoldin pada sidang media di rumahnya di Kampung Padang Jawa, hari ini. - Gambar oleh Syeda Imran

Video selama 22 saat mengenai kejadian berkenaan di mana seorang penunggang motosikal yang memakai topi keledar memukul Zainoldin di tengah jalan, telah tular di media sosial sejak Ahad lalu.

Ketika itu, mangsa yang berusia 61 tahun dalam perjalanan ke rumah mertuanya bersama isteri dan cucu di Putrajaya serta Ampang untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim dalam satu kenyataan pada Ahad memberitahu, Zainoldin membelok ke Alam Avenue apabila penunggang motosikal yang berada di sebelah kiri telah menjerit dan memarahi mangsa.

Mangsa, kata Iqbal kemudiannya telah memberhentikan kenderaannya untuk memeriksa sekiranya ada perlanggaran apabila dia disepak di bahagian dada oleh suspek.

“Suspek menolak mangsa dan terus menumbuknya di kepala sehingga bengkak dan mengalami kecederaan di dada.”

Polis telah menahan penunggang motosikal berusia 23 tahun itu selepas Zainoldin membuat laporan pada hari yang sama.

Zainoldin menunjukkan kecederaan yang dialaminya dalam serangan berkenaan. - Gambar oleh Syeda Imran
Zainoldin menunjukkan kecederaan yang dialaminya dalam serangan berkenaan. - Gambar oleh Syeda Imran
Zainoldin menunjukkan laporan pemeriksaan perubatan kepada media di rumahnya di Kampung Padang Jawa, hari ini. - Gambar oleh Syeda Imran
Zainoldin menunjukkan laporan pemeriksaan perubatan kepada media di rumahnya di Kampung Padang Jawa, hari ini. - Gambar oleh Syeda Imran

Zainoldin, yang mengalami kecederaan di bahagian mata dan rusuk kiri bagaimanapun tidak akan menarik balik laporan yang dibuat terhadap penunggang motosikal itu.

''Saya serahkan kepada undang-undang. Saya telah melakukan bahagian saya dan saya serahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.''

Sementara itu, Zainoldin menafikan pelbagai dakwaan yang dilemparkan oleh netizen yang mendakwa dia mengeluarkan isyarat lucah kepada penunggang tmotosikal itu, hingga mengakibatkan dia diserang ketika keluar dari kereta sedan hitam tersebut.

Bapa kepada tiga anak itu berkata, dia tidak akan melakukan perbuatan tidak wajar itu apatah lagi dia sedang sakit.

''Saya seorang pesakit dialisis dan mempunyai tiga cucu. Selain itu, saya tidak tahu berapa lama saya akan hidup. Jadi, saya tahu di mana kedudukan saya.'' - The Vibes, 25 Mei 2022

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 2 jam yang lalu

MCMC Rampas 6,916 Peranti Komunikasi Tak Sah, Babit Nilai RM2.06 Juta

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad