web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jangan Main Serang, Ada 2 Sebab Tambang e-hailing Naik ‘Menggila’

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2022 12:46PM

Wee Ka Siong - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penawaran dan permintaan tidak seimbang terhadap perkhidmatan serta kesesakan lalu lintas memuncak hingga menyebabkan masa perjalanan lebih lama, menjadi faktor utama menyebabkan lonjakan tambang e-hailing.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, maklumat itu diperoleh hasil perbincangan antara pihaknya dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dengan pengendali e-hailing (EHO) berkenaan.

Menurutnya, gabungan dua punca tersebut menjejaskan kualiti perkhidmatan e-hailing, sehingga menjadi rungutan kepada orang ramai apabila berlaku kenaikan tambang tidak munasabah. 

“Beberapa syarikat e-hailing juga menunjukkan penurunan bilangan pemandu berdaftar sebanyak 30 peratus, berbanding sebelum COVID-19 melanda Malaysia. 

“Kekurangan pemandu e-hailing ini secara tidak langsung menyebabkan masa menunggu kenderaan di beberapa tempat menjadi lebih lama daripada dijangka,” katanya hari ini. 

Ka Siong yang juga Presiden MCA menegaskan, fasa peralihan ke endemik mulai 1 April lalu turut menyebabkan  peningkatan mendadak dalam permintaan perkhidmatan e-hailing. 

“Tempoh sama juga menyaksikan pergerakan orang ramai yang dapat bergerak bebas bagi menjalankan aktiviti ekonomi dan kehidupan seharian seperti biasa, sekali gus menyumbang kepada kesesakan lalu lintas berbanding peringkat awal wabak menular.

"Faktor ini mempengaruhi formula pengiraan tambang digunakan EHO merangkumi pelbagai penyebab, termasuk jarak perjalanan, aliran trafik, keadaan cuaca serta penawaran dan permintaan pasaran, di mana semua mempengaruhi kenaikan tambang sejak kebelakangan ini,” katanya. 

Dari segi peraturan struktur tambang pula, Ka Siong berkata terdapat dua caj dilaksanakan untuk perkhidmatan e-hailing di Malaysia, iaitu tambang asas dan surcaj.

Bagaimanapun, menurut beliau, kerajaan tidak mengawal tambang asas dan tambang surcaj turut tidak dibenarkan melebihi dua kali ganda daripada tambang asas, dengan mengambil kira kadar waktu puncak serta harga bahan api.

“EHO dibenarkan untuk menetapkan struktur tambang mereka berdasarkan formula sendiri dan syarat perkhidmatan mereka dengan pengguna dalam pasaran terbuka.

“EHO yang berkenaan juga memberi jaminan kepada Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk memperuntukkan lebih banyak sumber ke arah meningkatkan bilangan pemandu yang ada pada masa ini,” katanya.

Pada masa sama, Ka Siong memberi jaminan bahawa kerajaan akan terus memastikan lebih banyak EHO bersama-sama perkhidmatan teksi dan bas tersedia untuk menawarkan pilihan tambahan kepada pengguna.

“Lebih 130,000 individu memegang lesen vokasional untuk bekerja sebagai pemandu e-hailing. Angka ini dijangka bertambah apabila Institut Memandu dan EHO menerima lebih banyak calon untuk menjadi pemandu e-hailing bagi 21 EHO dengan lesen aktif di seluruh negara, termasuk Lembah Klang. 

“Kerajaan menggesa semua EHO supaya meningkatkan saluran komunikasi mereka dengan pengguna.

“Kami akan terus memantau industri e-hailing untuk memastikan keadilan dan mengelakkan beban yang tidak wajar kepada pengguna,” katanya. 

Terdahulu, perkhidmatan e-hailing ketika ini didakwa menaikkan kadar tambang melampau dan membebankan pengguna. 

Ketua Aktivis Pemain Industri Pengangkutan Darat Malaysia (PPDM), Kamaruddin Hussain berkata, peningkatan tambang operasi industri e-hailing sepatutnya dipantau kerajaan bagi mengelakkan perkara itu terus berlarutan. 

Dakwanya, ini berikutan kadar tambang e-hailing tidak dikawal dan diserahkan sepenuhnya kepada industri itu, berbanding kadar tambang teksi. 

PPDM menggesa kerajaan membangunkan aplikasi e-hailing dikuasai sepenuhnya kerajaan yang menawarkan harga dikawal sepenuhnya seperti tambang teksi sebagai satu pilihan kepada orang ramai. - Getaran, 24 Mei 2022.

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 14 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad