web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jagung Sebagai Alternatif Dedak Ayam, Negeri Diminta Sedia Tanah

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 May 2022 7:42PM

Ismail Sabri mempengerusikan Mesyuarat Kabinet hari ini. - Gambar ihsan PMO

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju menjadikan penanaman jagung dan hampas isirung kelapa sawit (PKC) sebagai alternatif kepada makanan ayam, sekali gus sebagai usaha menangani masalah berkaitan dedak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mesyuarat itu juga bersetuju meminta kerjasama kerajaan negeri, agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk menyediakan tanah Lesen Kependudukan Sementara (TOL) bagi jangka masa panjang.

Katanya, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sudah diminta membentangkan pelan tersebut dalam masa terdekat, bagi projek penanaman jagung, PKC dan sebagainya.

“Kerajaan turut menggalakkan GLC, agensi kerajaan, Pertubuhan Peladang dan Koperasi untuk turut terlibat dalam penternakan ayam.

“Kerajaan akan mengkaji dari segi bantuan kepada mereka yang terlibat serta sebahagian pelan Jangka Sederhana dan Jangka Panjang yang akan dirangka oleh MAFI dan KPDNHEP,” katanya menerusi kenyataan rasmi hari ini.

Ismail Sabri berkata, Peguam Negara turut dipanggil pada Mesyuarat Kabinet pada hari ini dan menasihatkan Kabinet untuk mengguna pakai Penguatkuasaan Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122), sekiranya terdapat sebarang aktiviti menyorok, menyimpan atau unsur sabotaj terhadap bekalan ayam.

Jelasnya, tindakan boleh diambil di bawah akta tersebut, yang membenarkan lesen mereka dibatalkan serta merta.

Beliau berkata, MAFI dan KPNDHEP telah diarahkan memantau dan memeriksa, selain mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak melanggar Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) serta (Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 ) yang memperuntukkan penalti.

“Mereka boleh didenda tidak melebihi RM1 juta ringgit atau dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 3 tahun (atau kedua-dua sekali).

“Perbadanan/syarikat pula boleh didenda tidak melebihi RM2 juta ringgit,” katanya.

Menurut Ismail Sabri, susulan daripada pengumuman beliau sebelum ini berkaitan pemansuhan AP bahan makanan, Kabinet hari ini bersetuju supaya AP gandum dibatalkan.

Semua kementerian juga, katanya, diminta menyenaraikan AP bagi barangan lain yang boleh dimansuhkan untuk menjaga kepentingan pengguna Keluarga Malaysia.

Tegasnya, kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menjejaskan kehidupan rakyat.

“Sehubungan itu, saya memohon agar Keluarga Malaysia menyokong tindakan dilakukan kerajaan ini, demi menjaga kepentingan rakyat yang terhimpit dengan peningkatan harga dan kos sara hidup serta kekurangan bekalan,” katanya. - Getaran, 23 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

PM Arah Lawatan Menteri, Timbalan Ke Luar Negara Dihentikan Sementara

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Bangkit Dari Kealpaan, Kecuaian, Kelemahan Jika Mahu Perubahan Sebenar - PM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Titip Pesanan Kepada Anggota JKDM, JIM Supaya Sentiasa Jaga Disiplin, Integriti

4

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Ziarah Menteri Agama Terima Rawatan Di Hospital Putrajaya

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 14 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 15 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad