web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kelewatan Baja Subsidi Dikhuatiri Beri Rantaian Kesan Kepada Pengguna

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 May 2022 9:13AM

Kelewatan baja subsidi akan menyebabkan harga jualan meningkat disebabkan kekurangan hasil. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kelewatan penghantaran baja subsidi kepada para petani seperti dilaporkan di Kedah semalam dikhuatiri mencetuskan isu kekurangan bekalan serta mengakibatkan harga jualan melambung naik.

Pakar ekonomi, Datuk Dr Madeline Berma berkata, perkembangan itu akan menyebabkan rantaian kesan akibat berlakunya gangguan bekalan.

"Jika baja subsidi datang lewat, para petani boleh menggunakan alasan itulah (untuk menaikkan harga). Seterusnya pengguna akan terkesan dengan ini.

"Isu ini dapat menyebabkan bekalan berkurangan dan harga melambung selepas itu harga (contohnya) pengangkutan naik. Semua ini bersangkut paut antara satu sama lain," katanya yang juga Felo Akademi Sains Negara ketika dihubungi Getaran.

Dr Madeline Berma
Dr Madeline Berma

Beliau mengulas laporan Getaran semalam berhubung isu kelewatan penghantaran baja subsidi oleh kerajaan, yang didakwa mampu membantutkan usaha para petani meningkatkan hasil demi membanyakkan pendapatan.

Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Mahfuz Omar berkata, beliau menerima banyak rungutan daripada petani berhubung perkara tersebut.

Katanya, ada dalam kalangan petani merayu supaya kerajaan mempercepatkan penghantaran, memandangkan jumlah baja yang diedar ketika ini masih belum mencukupi.

Adalah penting untuk memastikan perjalanan satu-satu tanaman itu berlangsung dalam keadaan yang harmoni iaitu bebas daripada sebarang halangan. - Gambar oleh Sairien Nafis
Adalah penting untuk memastikan perjalanan satu-satu tanaman itu berlangsung dalam keadaan yang harmoni iaitu bebas daripada sebarang halangan. - Gambar oleh Sairien Nafis

Perkara sama turut ditekankan seorang lagi pakar ekonomi, Profesor Madya Dr Abu Sofian Yaacob yang memberitahu, kelewatan seumpama itu dapat memberi kesan kepada pengeluaran.

Beliau berkata, perkembangan tersebut sekali gus menyebabkan harga jualan meningkat disebabkan kekurangan hasil.

"Syarikat yang beli atau pengilang akan kekurangan input (menyebabkan mereka) akan berebut. Dari segi petani memanglah dari satu sudut 'okay' sebab penjual berebut mahu beli.

"Tetapi apabila ini berlaku harga beras akan meningkat, jadi ini akan beri kesan kepada kita sebagai pengguna juga. Maknanya harga akan jadi lebih mahal lagi seiring dengan harga barangan yang lain," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Ekonomi Bank Islam, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berpendapat, adalah penting bagi memastikan perjalanan satu-satu tanaman itu berlangsung dalam keadaan yang harmoni iaitu bebas daripada sebarang halangan.

Menurut beliau, jika tidak ia boleh merencatkan kualiti serta hasil tuaian tanaman tersebut.

"Resam untuk menanam satu-satu tanaman itu, pembajaan perlu dilakukan secara konsisten dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. Ini bagi memastikan tanaman tersebut dapat menghasilkan tuaian yang lebih tinggi. 

"Selain daripada baja, faktor meracun, bekalan air, serangan serangga atau makhluk perosak dan juga cuaca memainkan peranan dalam hasil tuaian yang bakal dinikmati dalam satu-satu musim tersebut," katanya. - Getaran, 23 Mei 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 20 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad