web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Siasatan Selesai, Kertas Kes Mohd Nazlan Dirujuk Ke Jabatan Peguam Negara

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 May 2022 8:27PM

Mohd Nazlan Mohd Ghazali - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kertas siasatan berhubung kes membabitkan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, sudah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara, Rabu lalu.

Jurucakap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, ia adalah proses lanjutan sebaik siasatan selesai dilakukan.

“Siasatan yang bermula sejak Mac lalu telah dilengkapkan dengan mengumpulkan bukti-bukti berkaitan mengikut panduan dan prosedur yang ditetapkan. 

“Sehubungan itu, kertas siasatan telah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara pada 18 Mei lalu untuk kajian dan arahan selanjutnya,” katanya hari ini.

SPRM sebelum ini dilaporkan membuka kertas siasatan terhadap Mohd Nazlan susulan tuduhan dibuat penulis blog politik, Raja Petra Kamarudin, bahawa hakim itu memiliki wang berjumlah RM1 juta dalam akaun bank miliknya.

Susulan dakwaan, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata, siasatan yang dijalankan adalah prosedur biasa selepas pihaknya menerima laporan secara rasmi.

Bulan lalu, Mohd Nazlan membuat laporan polis menafikan tuduhan Raja Petra Kamarudin itu.

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia Istana Kehakiman Putrajaya pula dipetik sebagai berkata, artikel bertajuk ‘Judge Mohd Nazlan being investigated for unexplained RM1 million in his bank account’ yang disiarkan itu adalah palsu dan tidak berasas.

Pendaftar Mahkamah Persekutuan juga menyifatkan tulisan tersebut berniat jahat dan bertujuan menjatuhkan kredibiliti Mohd Nazlan sebagai seorang Hakim Mahkamah Rayuan, serta mengganggu sistem keadilan serta institusi kehakiman.

Pada 28 Julai 2020, Mohd Nazlan yang ketika itu hakim Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selepas didapati bersalah menyeleweng dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Kes tersebut kini di peringkat rayuan di Mahkamah Persekutuan setelah Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan serta hukuman oleh Mahkamah Tinggi dan menolak rayuan bekas Perdana Menteri itu. - Getaran, 21 Mei 2022

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

MCMC Rampas 6,916 Peranti Komunikasi Tak Sah, Babit Nilai RM2.06 Juta

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

oleh Wartawan Getaran