Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Bekalan Tepung Gandum, Minyak Masak Paket Masih Cukup - KPDNHEP

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2022 9:06PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan memberi jaminan bahawa bekalan makanan adalah mencukupi untuk kegunaan seharian rakyat di negara ini.

Ketua Unit Komunikasi Korporat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Yunus Tasim berkata, dasar sekuriti negara akan memastikan bekalan makanan sentiasa stabil.

“Jadi saya menyeru semua netizen kembali kepada sumber maklumat yang sahih dan periksa dahulu (maklumat) walaupun datang dari media arus perdana.

“Kadang-kadang mereka (media) hanya membangkitkan isu untuk melariskan jualan akhbar tanpa rasa bertanggungjawab terhadap sensitiviti, keharmonian hidup masyarakat berbilang kaum.

“Kepada netizen saya juga minta sangat-sangat supaya jangan menimbulkan polemik dalam soal isu harga barang kerana ini adalah talian hayat kepada rakyat Malaysia yang tidak boleh dipandang enteng dan dipermainkan.

“Kita harus bekerjasama untuk keharmonian dan kesejahteraan Malaysia,” katanya ketika bersiaran secara langsung menerusi Facebook KPDNHEP, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab beberapa soalan panas berkaitan isu minyak masak dan tepung gandum yang hangat diperkatakan ketika ini.

Pada masa sama, Yunus mengakui bekalan tepung gandum masih mencukupi setakat ini.

Katanya, dakwaan tepung gandum hanya mampu bertahan dalam tempoh tujuh bulan lagi susulan India menghentikan eskport bekalan makanan itu berkuat kuasa serta-merta adalah tidak berasas sama sekali.

“Bekalan (tepung gandum) tidak terjejas. Kita harus tahu sesuatu pembelian itu berasaskan kontrak. Saya yakin bahawa pengimportan biji gandum dari Ausralia pada kadar 80 peratus, dan selebihnya dari Amerika Syarikat (AS), Kanada dan Ukraine, dibuat untuk kontrak jangka panjang.

“Dalam bisnes ini, kita bergantung kepada hubungan bisnes. Hubungan kita dah buat bersama Australia tidak mungkin akan dimungkiri dengan mengambil kuota eksport kepada kita dan beri kepada orang lain.  Ia tidak akan berlaku seperti itu,” katanya.

Malah beliau berkata, rakyat juga akan terus menikmati tepung gandum bersubsidi pada harga kawalan.

“Maknanya pada harga yang sudah ditetapkan kita tetap menerima eksport biji gandum dari Australia.

“Mungkin Ukraine sedikit terjejas, tapi kuantiti tidak banyak, maka bekalan dalam negara tidak terkesan dengan penarikan eksport India termasuklah harga.

“Kalaulah berlaku perubahan harga harus dipersetujui kedua-dua pihak. Jadi saya rasa dalam konteks ini, apa saya dapat tahu bahawa (tepung gandum) pada harga subsidi tidak akan naik.

“Tapi harga (tepung gandum) tidak bersubsidi bergantung kepada pasaran,” katanya.

Jelas beliau lagi, tepung gandum bersubsidi dijual pada harga RM1.35 sekilogram.

Bagi tepung gandum tidak bersubsidi pula, katanya harga tidak dikawal oleh kerajaan dan bergantung kepada pasaran dan penjual.

“Justeru ada tepung (gandum) tidak bervitamin yang tidak bersubsidi dijual pada harga RM2.20, manakala tepung gandum bervitamin (tidak bersubsidi) dijual pada kadar RM2.85 dan sebagainya.

“Ini memang berlaku kerana kerajaan tidak bermaksud mengawal kesemuanya, kecuali tepung gandum untuk kegunaan am yang disubsidi oleh kerajaan,” katanya.

Mengenai harga minyak masak yang dilaporkan mengalami kenaikan mendadak, Yunus berkata ia bukan membabitkan kategori minyak sawit tulen, tetapi minyak masak campuran (blend).

“Terdapat dua jenis minyak masak di pasaran. Pertama, minyak sawit tulen 100 peratus daripada minyak masak sawit dan kedua, minyak masak sebatian atau campuran itu.

“Komponen utamanya 90 peratus atau lebih minyak sawit dan selebihnya dua hingga tiga peratus minyak kacang tanah, mungkin bijan dan sebagainya untuk ditambah aroma atau perasa.

“Yang naik itu adalah minyak masak sebatian atau campuran (blend). Minyak masak itu harganya tidak dikawal oleh kerajaan.

“Ia memang dijual di pasaran untuk beri pilihan kepada pengguna yang gemarkan minyak sebatian. Jadi minyak masak naik sehingga RM45, minyak masak jenis itu yang ada pengguna dan peminatnya sendiri,” katanya.

Walaupun Malaysia adalah pengeluar minyak sawit terbesar di dunia, Yunus berkata, harga minyak masak ditetapkan hari ini dipengaruhi pasaran dunia.

“Kenapa masih mahal? Minyak sawit ke, getah ke, apa aja (saja) yang kita eksport adalah komoditi yang dipengaruhi pasaran dunia. Jadi harga tersebut ditentukan oleh pasaran dunia dan ia terpakai kepada negara kita juga.

“Sekarang kita melihat bahawa harga sawit berlegar lebih RM6,000 permetrik tan. Dan harga tersebut mempengaruhi harga eksport dan harga pasaran di dalam negara. Jadi sama ada kita pengeluar terbesar atau tidak, harga bergantung kepada harga ditentukan pasaran dunia,” katanya.

Sementara itu, Yunus menegaskan, bekalan minyak masak paket bersubsidi yang dijual pada harga RM2.50 sekilogram (kg) sepatutnya mencukupi untuk menampung populasi kira-kira 35 juta rakyat di negara ini setiap bulan.

“Kerajaan memperuntukkan kira-kira 60,000 metrik tan (mt) sebulan bersamaan dengan 60 juta polibeg diberikan subsidi kepada 35 juta rakyat Malaysia.

“Pengeluaran 60,000 mt itu sebenarnya mencukupi untuk kegunaan semua rakyat Malaysia di mana kerajaan menganggarkan kadar penggunaan 1.7 kg seorang setiap bulan,” katanya.

Bagaimanapun beliau berkata, isu kekurangan minyak masak paket di pasaran berlaku apabila isi rumah terpaksa bersaing dengan peniaga kecil dan pengusaha kedai makanan untuk mendapatkan bekalan tersebut.

“Minyak masak itu sebenarnya untuk kegunaan domestik, tapi kita tahu bahawa isi rumah bersaing dengan peniaga kecil, penjual keropok lekor, peniaga goreng pisang dan pengusaha kedai makan untuk membeli dalam kuantiti banyak.

“Kita dah buat mekanisme kawalan tak boleh jual lebih daripada tiga paket seorang, tapi mereka mempunyai cara tertentu untuk dapatkan bekalan tersebut.

“Ini kadang-kadang yang berlaku nampak kekurangan bekalan di pasaran,” katanya. - Getaran, 18 Mei 2022

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Helikopter: Bedah Siasat 10 Mangsa Selesai 2.20 Petang - TLDM

Semasa 1 hari yang lalu

Hafizul Hawari Hadapi 7 Pertuduhan

oleh Wartawan Getaran

Pendidikan 1 hari yang lalu

KPT Salur Bantuan Pendidikan, Pengecualian Yuran IPT Anak Mangsa Nahas Helikopter

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Lemas Ketika Bercuti Di Air Terjun Sekayu