web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Musibah Baiki Pam Air, Nenek Maut Diserang Buaya

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2022 9:11PM

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superitendan Zairolnizal Ishak

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA MARUDU - Seorang warga emas maut diserang buaya ketika membaiki pam air di Sungai Bengkoka, di Kampung Sinasak Batu Pitas, kelmarin.

Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 10 pagi ketika wanita berusia 66 tahun itu berada bersama cucunya yang berusia 9 tahun.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Zairolnizal Ishak berkata, cucu mangsa terkejut apabila mendengar jeritan neneknya dan melihat kocakan air sungai.

“Cucu mangsa sempat melihat kelibat reptilia yang menyerang neneknya itu, dan mangsa sempat melepaskan diri dengan bantuan penduduk,” katanya.

Menurut beliau, wanita berkenaan yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dibawa ke Hospital Pitas untuk rawatan lanjut.

“Mangsa bagaimanapun meninggal dunia pada jam 1.20 petang hari yang sama ketika sedang menerima rawatan,” katanya.

Zairolnizal berkata, punca kematian disahkan akibat kecederaan parah yang dialami.

Tambahnya, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). - Getaran, 17 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Rogol Anak Sulung, Guru Tuisyen Dipenjara 105 Tahun, 70 Sebatan

2

Semasa 1 minggu yang lalu

6 Pelajar Perempuan Sekolah Di Sabah Didakwa Atas Tuduhan Merusuh

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Pihak Hina Institusi Diraja Negeri Sembilan Perlu Dikenakan Tindakan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 6 Maut Di Karak, PM Zahir Ucapan Takziah

oleh Sophia Ahmad