web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Banjir: 3 PPS Dibuka Di Kedah, Negeri Sembilan Tempatkan 138 Mangsa

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2022 11:08AM

138 mangsa daripada 48 keluarga telah ditempatkan di PPS di 2 negeri, yang dibuka susulan banjir hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di dua negeri dibuka menempatkan 138 mangsa banjir daripada 48 keluarga setakat pagi tadi.

Di KEDAH, seramai 28 mangsa banjir daripada enam keluarga di Baling ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tawar setakat 9 pagi ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling Kapt (PA) Rasidah Kassim berkata kesemua mereka adalah penduduk kampung dari Mukim Tawar.

"Pagi ini cuaca cerah di Baling. Air dah surut, mangsa akan ke rumah masing-masing untuk membersihkan rumah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pihak APM Baling akan terus membuat pemantauan dari semasa ke semasa serta sentiasa berada dalam keadaan siap siaga.

DI NEGERI SEMBILAN, data terkini menerusi aplikasi InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat melaporkan dua PPS dibuka iaitu di SK Undang Johol dan Dewan Desa Dangi, Johol, Kuala Pilah melibatkan 110 individu membabitkan 42 keluarga setakat 8 pagi tadi.

Sementara itu, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan Lt Kol (PA) Mohd Syukri Md Nor berkata berlaku kejadian tanah runtuh di N14 Jalan Inas - Kampung Batu berikutan hujan lebat di kawasan berbukit di lokasi tersebut yang menghalang sepenuhnya lalu lintas.

"Susulan itu pengguna jalan raya dinasihatkan menggunakan jalan alternatif iaitu Laluan FT051 Jalan Kuala Pilah - Seremban atau Laluan FT009 Kuala Pilah - Tampin," katanya di sini.

Dalam pada itu, beliau berkata Pusat Darul Widad di Port Dickson turut dinaiki air namun tiada pemindahan dibuat setakat ini.

Hujan lebat berterusan sejak tengah hari semalam menyebabkan beberapa lokasi di tiga negeri dinaiki air, iaitu Kuala Kubu Bharu, Selangor; Nilai, Seremban dan Kuala Pilah, Negeri Sembilan; serta Baling, Kedah. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 13 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 17 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan