Berita Terkini

5 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


PRU, Debat Calon PM Perlu Jadi Acara Tradisi - Penganalisis

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 May 2022 9:00AM

Najib (kiri) dan Anwar mengambil bahagian dalam debat perdana di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) pada Khamis. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Terdapat keperluan untuk menganjurkan debat antara calon Perdana Menteri ketika negara menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU), bagi membuktikan kematangan politik parti kerajaan dan pembangkang dalam memberikan penjelasan serta mengutarakan pelbagai isu.

Penganalisis politik, Dr Jamaie Hamil berkata, di negara yang mengamalkan demokrasi matang, debat calon Presiden atau Perdana Menteri adalah perkara biasa bagi menunjukkan pengetahuan dan keupayaan intelek mereka dalam mengemudi jentera pentadbiran negara, sekali gus membuka ruang penilaian oleh rakyat.

Dr Jamaie Hamil
Dr Jamaie Hamil

Menurut beliau, debat calon Perdana Menteri sekiranya dilaksanakan secara berkala mampu menjadi platform intelektual untuk rakyat mendapat penjelasan lebih lengkap mengenai sesuatu isu.

“Kalau nak diadakan bagi calon Perdana Menteri memang baik kerana ia tidak pernah dilaksanakan, namun bagi negara demokrasi berparlimen jarang benar debat calon jawatan itu dilakukan, berbeza dengan negara di bawah sistem berpresiden.

“Sehubungan itu, sekiranya Malaysia nak mengamalkannya atau menjadikan ia sebagai budaya setiap kali pilihan raya, bolehlah mencontohi negara-negara mengamalkan sistem berpresiden seperti Amerika Syarikat, Filipina atau Indonesia yang telah melaksanakan debat calon Presiden atau Perdana Menteri ketika pilihan raya,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Terdahulu, selepas sesi debat perdana dengan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan agar pendekatan sama diguna dalam kempen pilihan raya akan datang.

Katanya, debat terbuka sempena pilihan raya itu nanti perlu membincangkan isu lebih besar untuk dinilai rakyat.

Bagaimanapun Jamaie menegaskan, Malaysia yang mengguna pakai sistem demokrasi berparlimen sukar untuk merealisasikan perkara tersebut berikutan parti kerajaan pemerintah akan berkuasa dalam tempoh waktu yang panjang.

Pada masa sama, Pensyarah Kanan Program Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berkata, parti pembangkang juga tidak mempunyai pemimpin berwibawa yang berpotensi untuk menjadi calon Perdana Menteri khususnya ketika negara menjadi ‘kubu kuat’ Barisan Nasional (BN).

“Di negara kita selama UMNO berkuasa sejak zaman parti Perikatan serta BN lagi, memang hanya parti itu sahaja yang ada calon Perdana Menteri kerana pembangkang ketika itu tidak mampu memberi saingan kepada gabungan tersebut ketika pilihan raya.

“Jadi, waktu itu sukar untuk calonkan Perdana Menteri buat pembangkang cuma pada PRU-14 (2018), nampaknya ada persaingan dari pembangkang untuk menjadi calon jawatan berkenaan.

“Bagaimanapun, ia hanya terjadi apabila ada ikatan kuat antara PKR, BERSATU, DAP serta AMANAH sehingga BN tumbang,” katanya.

Lantaran itu, Jamaie berkata, PRU-15 adalah waktu terbaik untuk diadakan debat calon Perdana Menteri kerana  gambaran awal sudah memperlihatkan bahawa Anwar adalah calon sesuai dari blok pembangkang untuk jawatan terbabit.

“Kalau hendak dilaksanakan, perlu dikaji dengan melihat kekuatan atau keseimbangan antara parti yang sedang berkuasa dan parti lawan, namun masa BN tengah kuat dulu memang tidak nampak langsung calon yang mempunyai karisma mahupun aura untuk dicalonkan sebagai Perdana Menteri.

“Kemungkinan pada PRU-15 nanti, pelaksanaan debat Perdana Menteri boleh disemak semula agar rakyat dan menilai dan mengadili calon yang berkarisma untuk memimpin negara,” katanya.

Sementara itu, Penganalisis politik Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr Hussain Yusri Zawawi berkata, Debat Perdana antara Anwar dan Najib Razak perlu diteruskan secara bukan bermusim dan boleh dijadikan sebahagian daripada kempen PPRU-15 akan datang.

Dr Hussain Yusri Zawawi
Dr Hussain Yusri Zawawi

Menurut beliau, debat merupakan platform serta langkah terbaik untuk membahaskan dan menjelaskan isu yang membelenggu negara selama ini.

“Ia seharusnya dilakukan berterusan dan bukannya ketika dah nak dekat PRU-15, kerana keperluan pemimpin adalah memberi pemahaman terbaik terhadap apa yang diperjuangkan untuk rakyat.

“Sekiranya debat ini dilakukan lebih awal, kita baru boleh menilai kemajuan serta hala tuju pemimpin itu terhadap partinya atau kepada Malaysia.

“Kita tidak mahu ia sekadar cakap-cakap sahaja. Sebab itu ia harus sentiasa ada agar kita dapat melihat idea pemimpin,  apakah mahu membawa pembaharuan politik atau kepentingan peribadi.

“Pada masa sama, bukan sahaja rakyat malah parti boleh melihat sekiranya sesuai atau tidak individu terbabit diangkat sebagai pemimpin tertinggi.

“Harap debat ini tidak setakat Anwar dan Najib juga, ia boleh diteruskan mungkin antara Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Dengan cara berterusan ini, kita akan nampak idea kepimpinan tertinggi parti politik dan ke mana hala tuju terbaik yang akan dibawa mereka untuk negara,” katanya. - Getaran, 16 Mei 2022.

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pesta Songkran: ‘Dulu Haram, Sekarang Halal Pulak?’ - Netizen

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

OCPD Lahad Datu Antara Yang Disiasat Kes Kematian Anak - Polis

Sukan 1 hari yang lalu

Agong, Raja Permaisuri Saksikan ‘GT World Challenge Asia’

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

NGO Turun Padang Bantu Masyarakat Orang Asli KKB

oleh Noel Achariam