web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dr Afifi Undur Diri Daripada Gelaran Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 May 2022 11:17AM

Dr Afifi Al-Akiti - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan menerima permohonan Datuk Dr Afifi Al-Akiti untuk berundur diri daripada menyandang gelaran Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan sebagai Orang Besar Delapan Perak.

Setiausaha Dewan Negara Perak, Datuk Seri Ayop Hashim berkata Dr Afifi telah mengutus warkah hari ini, memohon perkenan Sultan Nazrin untuk berundur diri daripada menyandang gelaran Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan dan warkah beliau telah diangkat sembah untuk pertimbangan baginda.

"Baginda menzahirkan penghargaan atas segala khidmat yang diberikan oleh Dr Afifi dalam tempoh menyandang gelaran Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan dan berkenan menerima permohonan itu untuk dikuatkuasakan pada 15 Mei (hari ini)," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menerusi warkah yang dilampirkan bersama kenyataan itu, Dr Afifi antara lain menyatakan warkah berkenaan diutuskan susulan penularan bahan-bahan tertentu dalam media sosial bertujuan mencemarkan namanya baru-baru ini.

"Saya memilih tidak mahu mengulas atau memberi sebarang jawapan yang boleh mencetuskan berlaku perdebatan berpanjangan yang tidak memberikan sebarang manfaat.

"Bahan-bahan yang ditular juga kelihatan mempersoalkan kesesuaian peranan saya dengan institusi istana dan mempertikaikan peranan saya dengan urusan hal ehwal agama Islam.

"Menginsafi perkara ini jika berlarutan dan tidak dibendung akan menjejaskan darjat kemuliaan Raja Pemerintah dan institusi istana, saya mengutus warkah ini untuk menyampaikan hasrat ikhlas mahu berundur diri daripada menyandang gelaran Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan," menurut Dr Afifi.

Dr Afifi berkata keputusan itu dilakukan atas rasa tanggungjawab dan sifat taat setia seorang rakyat kepada Sultannya, demi melindungi darjat kemuliaan Sultan Perak supaya tidak dicacatkan serta bagi mengelakkan institusi istana daripada dicemari.

Baru-baru ini tular klip video yang memaparkan seorang lelaki yang dikatakan tokoh agama dan penasihat Sultan, sedang berhibur di sebuah kelab malam. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 6 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam