web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kes HFMD Meningkat, Selangor Catat 6,748 Kes Setakat Minggu Lalu

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2022 3:24PM

118 kluster HFMD dilaporkan dengan 95 peratus daripadanya melibatkan kluster di taska atau tadika serta pusat jagaan harian. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kes mingguan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Selangor mencatatkan angka melebihi paras amaran dengan merekodkan sebanyak 6,748 kes setakat 7 Mei lalu.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata, daripada jumlah itu, empat peratus dimasukkan ke hospital bagi tujuan pemantauan dan selebihnya, menerima rawatan sebagai pesakit luar. 

“Terdapat 118 kluster HFMD dilaporkan dengan 95 peratus daripadanya melibatkan kluster di taska atau tadika serta pusat jagaan harian. Tiada kematian dilaporkan,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi hantaran di Facebook rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, hari ini.

Menurut Dr Sha’ari, berlaku juga trend peningkatan penyakit tersebut di negeri ini, terutama dalam kalangan kanak-kanak di bawah usia tujuh tahun sejak awal tahun ini. 

Katanya, 33 peratus kes jangkitan adalah berpunca daripada coxsackie virus A16 (CA16) dan 22 peratus daripada enterovirus 71 (EV 71), manakala selebihnya virus jenis lain.

Dr Sha’ari berkata, pada minggu epid (ME) ke-18 (ME 18) tahun ini, sebanyak 525 kes dilaporkan, namun menurun sebanyak 40 peratus berbanding ME sebelumnya.

“Penurunan ini dipercayai berlaku berikutan cuti perayaan Aidilfitri dan kebanyakan pusat jagaan serta institusi pendidikan ditutup sepanjang tempoh berkenaan.

“Pada masa sama, tiada kluster HFMD dilapor semasa tempoh tersebut,” katanya. – Getaran, 13 Mei 2022
 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 15 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 16 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad