web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bayi Maut, Ibu Parah Ditetak Datuk Saudara

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 May 2022 6:24PM

Bayi perempuan berusia enam bulan tersebut dijumpai maut selepas ditetak di kepala. - Gambar ihsan polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KINABATANGAN - Seorang bayi perempuan enam bulan maut akibat ditetak datuk saudaranya dalam kejadian di Kampung Ubi Sungai Pauh di sini, semalam.

Manakala, dalam kejadian pada kira-kira jam 2 petang itu, ibu bayi terbabit cedera parah kerana ditetak lelaki sama.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dzulbaharin Ismail berkata, bertindak atas maklumat orang awam pada jam 2.40 petang, sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian.

“Sejurus tiba, pasukan mendapati seorang bayi perempuan maut selepas ditetak di kepala.

“Seorang lagi wanita berusia 35 tahun, iaitu ibu kepada bayi berkenaan mengalami cedera parah di bahagian belakang tengkuk dan telinga mangsa hampir putus akibat ditetak,” katanya.

Jelasnya, kedua-dua mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kinabatangan untuk rawatan lanjut.

Menurut Dzulbaharin, pihak polis berjaya mengesan dan menangkap suspek di kawasan kebun sawit di lokasi sama.

Katanya, penahanan suspek berusia 60 tahun itu membawa kepada rampasan sebilah parang yang dipercayai digunakan dalam serangan berkenaan.

“Suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kinabatangan untuk siasatan lanjut. Suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini.

“Kita masih mengenal pasti punca kejadian dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” tambahnya. - Getaran, 11 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

JKM Kesan Ibu Kandung Bayi Perempuan 

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Tahan 2 Lelaki Dipercayai Terbabit Kejadian Samun, Tetak

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Lelaki Disyaki Dera Bayi Perempuan Teman Wanita Ditahan

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Hanya Kerana Lewat Hantar Minuman, Pekerja Restoran Parah Ditetak

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Jenazah Rakyat Malaysia Maut Ditikam Di Korea Selatan Dibawa Pulang Selepas Bedah Siasat 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 12 jam yang lalu

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Pihak Hina Institusi Diraja Negeri Sembilan Perlu Dikenakan Tindakan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 6 Maut Di Karak, PM Zahir Ucapan Takziah

oleh Sophia Ahmad