Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Isu Warden Asrama, Apa Keputusan KPM? Wajar Naikkan Elaun Segera

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 May 2022 5:57PM

Kenaikkan elaun sesuai kerana setimpal dengan tugas warden yang bukan sahaja menjaga keselamatan tetapi kebajikan murid. - Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) didesak supaya mengumumkan langkah wajar bagi memastikan guru yang memikul tugas warden asrama sekolah tidak terbeban.

Jurucakap Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan (JKPPH) memaklumkan, ramai guru mengeluh berkaitan bebanan tugas mereka yang begitu banyak sehingga menjejaskan tumpuan untuk mendidik.

“Jawatankuasa ini mengambil maklum adanya usaha awal KPM untuk mengatasi masalah ini dengan turun melihat sendiri keadaan sebenar dan mengambil maklum keluhan guru yang terbeban sebagai warden.

“Namun, sehingga hari ini masih belum ada keputusan jelas apa tindakan yang KPM akan ambil untuk menyelesaikan masalah tersebut,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

JKPPH dianggotai Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik; Ahli Parlimen Tampin, Datuk Dr Hasan Bahrom; Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching; Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad; Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong; Ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail; Ahli Parlimen Tangga Batu, Rusnah Aluai dan Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar.

Memandangkan proses kemasukan pelajar berasrama penuh akan berjalan hujung minggu ini, JKPPH turut mencadangkan agar jawatan warden sepenuh masa di asrama dilantik oleh bukan guru.

“Ini bermaksud kedudukannya sama dengan kedudukan jawatan jurulatih sepenuh masa, kaunselor berdaftar dan pembantu makmal.

“Manakala guru warden boleh dilantik di kalangan guru akademik (jumlah masa mengajar dikurangkan) yang bertugas memimpin dan memantau warden sepenuh masa di asrama,” katanya.

Pada masa sama, JKPPH berkata, jumlah warden dengan nisbah jumlah pelajar mestilah realistik dan mencukupi.

Malah katanya, KPM juga wajar menaikkan elaun warden kepada guru yang memikul tugas tersebut dalam masa terdekat.

“JKPPH mendesak agar KPM bertindak sesegera mungkin bagi memastikan bebanan guru di kurangkan secepat mungkin,” katanya.

Terdahulu Getaran melaporkan, kadar elaun RM240 sebulan bagi warden asrama sekolah tidak pernah berubah sejak kali terakhir dinaikkan pada 1 April 1997.

Susulan itu, Pensyarah Kanan Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad menyarankan agar kadar elaun tersebut  dinaikkan kepada RM700 sebulan.

Katanya, kadar elaun yang disarankan itu setimpal dengan tugas warden yang bukan sahaja menjaga keselamatan tetapi kebajikan murid.

“Sebab itu saya cukup sedih bila lihat mereka hanya dibayar elaun RM240. Maksudnya sehari dibayar hanya RM8, bertugas 24 jam, termasuk hujung minggu. Sejam dibayar hanya 30 sen untuk jaga nyawa ratusan murid-murid di asrama.

“Siapa sanggup? Tengah malam sedang tidur pun warden dalam keadaan bertugas juga sebenarnya. Tiba-tiba sahaja boleh kena kejut jika ada kecemasan di asrama,” katanya. - Getaran, 9 Mei 2022

Sorotan

1

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

2

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

3

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

4

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

5

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

6

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

Politik 17 jam yang lalu

Undi Pemilih India, Orang Asli Penentu Keputusan PRK KKB - Penganalisis

oleh Diyana Nawwar

Sukan 1 hari yang lalu

Piala Thomas: Malaysia Jumpa Jepun Di Suku Akhir

Semasa 1 hari yang lalu

Κenaikan Gaji Penjawat Awam Akan Diperincikan Semasa Pembentangan Belanjawan 2025 - Fahmi