Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pemuda Kongsi Pahit Manis Jadi Doktor Pelatih, Buli Tak Patut Jadi 'Adat'

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 May 2022 2:26PM

Dr Firdaus Ilias berkongsi pengalaman pahit dan manis semasa menjadi doktor pelatih di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh, Perak selama dua tahun. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Insiden seorang doktor pelatih (houseman) yang ditempatkan di Hospital Pulau Pinang (HPP) awal bulan lalu dipercayai ‘terjatuh’ dari bangunan dan meninggal dunia pada 17 April lalu, membawa kepada pembongkaran perbuatan buli di hospital awam.

Sejak itu, satu demi satu pendedahan mengenai budaya yang sudah membarah itu dikongsi doktor pelatih dan kontrak di media sosial.

Terbaharu, seorang doktor perubatan, Dr Firdaus Ilias turut berkongsi pengalaman pahit dan manis semasa menjadi doktor pelatih di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh, Perak selama dua tahun.

Menurut beliau, sikap membuli dan budaya rasis memang berlaku di mana-mana, tidak kira di tempat kerja mahupun di luar tempat kerja.

Dedahnya, sewaktu menjalani posting kelima di Jabatan Obstetrik dan Ginekologi (O&G), dia perlu menjalani satu tempoh dipanggil ‘tagging’.

Dalam konteks itu, tagging sebenarnya adalah tempoh masa diberikan kepada doktor pelatih untuk menyesuaikan diri dengan jabatan baharu yang mereka ditempatkan.

Sepanjang tempoh tersebut, mereka perlu belajar dan diberikan pendedahan terhadap prosedur umum perlu dilakukan kepada setiap pesakit.

Bagi Dr Firdaus, dia perlu menjalani tagging lebih dua minggu walaupun sudah boleh melakukan prosedur asas dan proses dokumentasi sepanjang tempoh tersebut.

“Bayangkan senior poster, tagging lebih dua minggu. What the heck, gile ke (dah pandai ‘clerk’, pandai tackle patient (menangani pesakit), pandai branula, boleh ‘conduct delivery’, pandai refer) tapi still (masih) tagging dua ke tiga minggu. Yang ini bukan MO (pegawai perubatan) luar ya, bangsa saya sendiri.

“Saya melakukan report ke MO incharge HO, terus tukar mentor dan offtag assesment dilakukan oleh Resigtrar. Selepas kes saya ini, sistem offtag di HRPB terus ditukar kepada bertulis (kalau tak silap) dan saya kekal maintain di ward first class sampai habis posting,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Dakwanya lagi, sewaktu posting di Jabatan Pediatrik, dia pernah dimaki seorang MO di hadapan pesakit, satu budaya yang tidak akan dipratikkannya.

Pada masa sama, Dr Firdaus berkata, dia turut dimarahi pada hari pertama ‘round acute cubicle’ di wad neonatal.

“Kemudiannya, MO tersebut panggil saya berjumpa dengannya dan terus ‘sign logbook’ saya apabila mengetahui saya memasukkan semua branula di bayi yang berada di katil acute, ‘single attempted’,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menitipkan beberapa pesanan berguna kepada bakal doktor pelatih.

Nasihatnya, carilah kawan HO boleh dipercayai atau kawan yang boleh susah senang bersama-sama.

“Sentiasa merendah diri dan berbuat balik kepada staf nurse (jururawat), sister, pembantu perubatan di wad. Jangan terlalu simpan di dalam hati tentang perangai dan kata-kata mereka (SHO/MO) yang belum tentu pandai dalam semua perkara.

“Buat apa yang boleh menggembirakan diri sendiri (setiap petang kalau tidak longshift, saya akan bermain badminton atau bola sepak), Khamis akan bermain bersama team HRPB,” katanya.

Tambahnya, mereka juga perlu selalu berbuat baik kepada seramai mungkin kakitangan hospital untuk membina jaringan dalam kerjaya.

“Tidak kira pakar, perunding, ketua jabatan (HOD), farmasi, tukang masak, tukang buat air, hanya untuk network bukan cable.

“Alhamdulillah, kesimpulan ringkas di sini, budaya buli membuli itu adalah tidak sepatutnya menjadi adat yang terus menerus dilakukan di dalam komuniti kita,” katanya. - Getaran, 6 Mei 2022
 

Sorotan

1

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

2

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

3

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

4

Piala Thomas: Malaysia Jumpa Jepun Di Suku Akhir

5

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

6

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gunung Ruang: Penerbangan Masuk, Keluar KLIA Diteruskan - CAAM

oleh Fida Ruzki

Semasa 1 hari yang lalu

Pekerjaan Hijau Kurangkan Pengangguran, Pelihara Alam Sekitar

Politik 2 jam yang lalu

Undi Pemilih India, Orang Asli Penentu Keputusan PRK KKB - Penganalisis

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Keputusan Rayuan Siti Bainun Terhadap Hukuman Penjara 12 Tahun Esok