Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Denggi, HFMD Meningkat

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 May 2022 7:31PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 1,021 kes denggi dilaporkan pada Minggu Epid (ME) 17/2022 yang menyaksikan peningkatan 54 kes atau 5.6 peratus, berbanding 967 pada ME 16/2022.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka itu menjadikan jumlah kumulatif kes denggi dilaporkan sehingga kini, iaitu ME 1/2022 hingga ME 17/2022 adalah 12,942 kes, berbanding 9,270 kes bagi tempoh sama pada tahun 2021.

Menurutnya, kes keseluruhan itu menunjukkan peningkatan sebanyak 3,672 kes atau 39.6 peratus.

“Jumlah kumulatif kematian denggi sehingga ME 17/2022 adalah sebanyak tujuh kematian, peningkatan dua kematian atau 40 peratus, berbanding dengan lima kematian bagi tempoh sama tahun 2021,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, denggi adalah penyakit jangkitan virus disebar melalui gigitan nyamuk Aedes dijangkiti.

Katanya, pesakit boleh mengalami gejala seperti demam, ruam merah di kulit, sakit kepala, sakit pada bahagian belakang mata, sakit sendi, sakit otot, pendarahan di bawah kulit, hidung dan gusi.

Justeru, katanya, Kementerian Kesihatan (KKM) menasihatkan masyarakat supaya memastikan kediaman bebas dari tempat pembiakan nyamuk dengan melakukan pembersihan atau pelupusan bekas boleh menakung air, saliran atap sentiasa mengalir, selain tangki air dan bekas tadahan air sentiasa ditutup atau ditaburkan racun atau bahan pembunuh jentik-jentik.

“Gunakan bahan repelan untuk mencegah gigitan nyamuk Aedes apabila berada di luar rumah.

“KKM juga ingin menasihatkan pengamal perubatan bahawa pesakit yang mengalami demam berterusan perlu melakukan kiraan darah penuh (full blood count) pada hari ke-3.

“Sekiranya pesakit disyaki menghidapi demam denggi berdasarkan ciri klinikal dan ujian darah, pesakit perlu diberikan ‘dengue alert card’ dan melakukan ‘dengue combo test’,” katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata,  sehingga ME 17/2022, sebanyak 22,463 kes kaki, tangan dan mulut (HFMD) dilaporkan di seluruh negara.

Katanya, jumlah itu menyaksikan peningkatan sebanyak 12.8 kali ganda, berbanding pada ME sama tahun 2021, iaitu hanya mencatatkan 1,752 kes.

Beliau berkata, kes HFMD banyak berlaku dalam kalangan kanak-kanak berumur 0-6 tahun, iaitu sebanyak 21,508 kes atau 96 peratus, diikuti 7-12 tahun (729 kes atau 3 peratus) dan bakinya membabitkan individu lebih 12 tahun.

“Sehingga kini, tiga negeri serta wilayah tertinggi mencatatkan kejadian kes adalah Kuala Lumpur dan Putrajaya, iaitu 259 kes atau 33.7 peratus, diikuti Selangor dengan 100 kes (13.0 peratus serta Perak, 98 kes (12.8 peratus).

“Majoriti lokasi penularan kes berlaku di tadika/taska/prasekolah, iaitu 600 kes atau 72 peratus, disusuli rumah persendirian dengan 186 kes (24 peratus) dan pusat jagaan kanak-kanak yang mencatatkan 26 kes (4 peratus).

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, HFMD disebabkan Enterovirus dengan majoriti kes disebabkan Coxsackie Virus A16 dan Enterovirus 71 (EV71).

Virus itu, katanya, merebak secara kontak dengan air liur, cecair lepuh (blister) dan najis pesakit.

“Kebiasaan jangkitan adalah ringan (mild) dengan gejala demam diikuti ruam melepuh (blister) pada tangan, kaki, mulut dan lidah. Hampir keseluruhan pesakit menghidap HFMD pulih tanpa rawatan dalam masa tujuh ke 10 hari.

“Bagaimanapun, jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi teruk seperti encephalitis, pulmonary edema dan myocarditis,” katanya.

Susulan peningkatan kes penyakit HFMD, katanya, KKM menasihati orang ramai, terutama yang mempunyai anak kecil mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko dijangkiti.

Antara langkah itu, jelasnya, adalah membasuh tangan dengan sabun dan air bersih selepas menggunakan tandas, sebelum menyediakan makanan, selepas menukar lampin dan mencuci najis kanak-kanak, selain menutup mulut dan hidung semasa batuk serta bersin.

Ujarnya, pesakit dinasihatkan jangan berkongsi barangan peribadi, seperti berus gigi, sapu tangan, tuala, selimut, cawan, garpu dan sudu.

Pada masa sama, Dr Noor Hisham berkata, mereka dinasihatkan sentiasa mengekalkan kebersihan di rumah, pusat penjagaan kanak-kanak, tadika dan sekolah serta persekitarannya.

Mereka juga, katanya, perlu kerap mencuci semua alat mainan dan permukaan meja, kerusi dan lantai sekurang-kurangnya dua kali sehari.

“Bawa kanak-kanak ke klinik atau hospital terdekat jika mereka mempunyai tanda atau gejala jangkitan. Ibu bapa dinasihatkan agar tidak membawa anak-anak bergejala ke tempat awam yang menjadi tumpuan ramai seperti kolam renang, pasar, pusat beli-belah serta stesen bas.

“Kanak-kanak yang menunjukkan tanda atau gejala jangkitan, jangan dihantar ke pusat jagaan kanak-kanak, taska, tadika atau sekolah. Kanak-kanak sakit harus dibawa ke klinik untuk rawatan,” katanya. - Getaran, 5 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Denggi: Simptom Serius Boleh Membawa Maut

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Kes Denggi Catatkan Peningkatan Untuk Minggu Epidemiologi 05 - KP Kesihatan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Kes Denggi Meningkat Pada ME03, Tiada Kematian Direkodkan

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Kes Denggi Di Ipoh Naik 265 Peratus, Musim Hujan Berterusan Antara Faktor

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

Semasa 13 jam yang lalu

Beras, Barang Dapur Dibakar Adalah Stok Simpanan Yang Rosak - Ismail

oleh Wartawan Getaran

Sukan 1 hari yang lalu

KDA FC Langsai Keseluruhan Tunggakan Gaji Pemain, Pegawai

oleh Rafisqi Radhi

Sukan 1 hari yang lalu

Piala Asia B-23: Kesilapan Hukum Harimau Muda Berdepan Uzbekistan