web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


87 Lokasi Panas Melaka Dikenal Pasti, Elak Longgokan Sampah Tidak Terkawal

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 May 2022 11:59AM

Operasi khas kutipan dan bilasan akan dijalankan SWM bermula 25 April lalu sehingga 7 Mei, melibatkan jentera lori kompaktor dan lori open tipper.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 87 lokasi di Melaka akan diberi tumpuan khas oleh SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) bagi mengelakkan longgokan sampah yang tidak terkawal sempena sambutan Aidilfitri.

Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata, kesemua lokasi berkenaan terletak di penempatan yang majoriti penduduknya beragama Islam dan kawasan tumpuan pelancong.

Menurut beliau, ia meliputi 49 lokasi di Melaka Tengah, 17 di Alor Gajah dan baki 21 di Jasin.

“Telah menjadi kebiasaan, tong sampah berpusat sentiasa menjadi tumpuan untuk pembuangan sampah oleh orang awam termasuk peniaga kecil serta penjaja, khususnya sepanjang Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.

“Atas faktor ini, pemantauan dan kutipan akan diberi perhatian khusus di setiap tong sampah berpusat yang dikenal pasti mengikut cawangan operasi,” katanya, hari ini.

Mohd Norlisam berkata, operasi khas kutipan dan bilasan ini akan dijalankan bermula 25 April lalu sehingga 7 Mei, melibatkan jentera lori kompaktor dan lori open tipper.

Selain kutipan tong sampah berpusat katanya, SWM Environment turut memberi tumpuan kepada operasi berjadual kutipan sisa pepejal domestik atau sisa pukal, operasi berjadual pasar awam serta pembersihan pusat bandar, pantai dan tempat awam.

“SWM Environment juga telah menyediakan 946 anggota kerja dan 197 jentera, masing-masing bagi perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam yang akan berjalan seperti biasa sepanjang dua hari cuti umum Hari Raya Aidilfitri,” katanya.

Mohd Norlisam memberitahu, janaan sisa pepejal dijangka meningkat sepanjang musim perayaan, serentak dengan peralihan negara ke fasa endemik dan kepulangan orang ramai ke kampung halaman masing-masing.

“Kerjasama dan kesedaran orang ramai untuk mengamalkan kaedah pelupusan sampah yang betul sangat penting bagi mengekalkan kebersihan persekitaran.

“Sempena musim perayaan ini penduduk turut disaran memanfaatkan perkhidmatan kutipan +1 seminggu sekali bagi pelupusan sisa pukal, sisa kebun dan barangan kitar semula bagi mengelakkan longgokan sampah terutama di kawasan perumahan,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan berhubung perkhidmatan kutipan sampah dan pembersihan awam sepanjang tempoh sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri ini boleh menghubungi Talian Indahkan Malaysia 1-800-88-7472 dan Talian WhatsApp SWM Environment di 012-618 0082.  – Getaran, 3 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Nahas Di Lebuhraya AMJ: Bayi Lelaki Terpelanting Keluar Disahkan Selamat

4

Semasa 4 minggu yang lalu

Mayat Balut Dengan Tilam: Konflik Akibat Dadah Punca Pembunuhan - Polis

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 12 jam yang lalu

MCMC Rampas 6,916 Peranti Komunikasi Tak Sah, Babit Nilai RM2.06 Juta

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

oleh Sophia Ahmad