web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pemandu MPV Samseng Jalanan Ditahan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 May 2022 9:31AM

Polis telah menahan seorang lelaki yang memandu MPV secara berbahaya di Kilometer (KM) 25.1 hingga KM 27.5 Lebuhraya Karak menghala ke Genting Sempah, Pahang, semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pembuli jalanan yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) secara berbahaya di Kilometer (KM) 25.1 hingga KM 27.5 Lebuhraya Karak menghala ke Genting Sempah, Pahang, ditahan, semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner (ACP), Zainal Mohamed Mohamed berkata, lelaki tersebut ditahan di perkarangan Bahagian Siasatan dan Perundangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak pada jam 2 petang.

Menurutnya sebaik ditahan, lelaki berusia 43 tahun tersebut dibawa untuk menjalankan ujian saringan air kencing namun keputusannya negatif.

"Ujian air kencing dijalankan di Bahagian Narkotik IPD Gombak dan hasil ujian adalah negatif.

“Lelaki berkenaan kemudian dibawa ke Hospital Selayang untuk diambil sampel darah bagi tujuan ujian alkohol," katanya.

Beliau berkata pemandu terbabit akan dibawa ke Mahkamah Majistret Selayang untuk mendapat perintah reman bagi disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya.

Semalam Getaran melaporkan, polis sedang memburu pemandu MPV Toyota Alphard yang dipercayai memandu secara berbahaya di Kilometer (KM) 25.1 hingga KM27.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak menghala ke Genting Sempah.

MPV itu didapati cuba memotong barisan menggunakan lorong kecemasan dan perbuatan tersebut berjaya dirakam kamera papan pemuka kenderaan lain.

Pemandu MPV berkenaan juga didapati menghalang laluan kenderaan lain dengan menekan brek secara mengejut dan menyerongkan kenderaannya dengan niat melakukan provokasi. - Getaran, 2 Mei 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 22 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad