web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kanak-kanak Lelaki Maut, 5 Cedera Kebakaran 2 Unit Kediaman

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2022 8:48AM

Salah seorang mangsa yang cedera dalam kebakaran di Permatang Badak, dibawa ke hospital. - Gambar ihsan JBPM Pahang

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut dalam kebakaran membabitkan dua kediaman jenis semi-D di Permatang Badak, dekat sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, lima mangsa termasuk seorang bayi perempuan berusia lapan bulan turut mengalami kecederaan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 3.15 pagi.

"Sebuah jentera bersama seorang pegawai dan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas dikerah ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan.

"Turut membantu dalam operasi berkenaan ialah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan serta Indera Mahkota," katanya.

2 mangsa kebakaran menerima rawatan awal sebelum dibawa ke hospital. - Gambar ihsan JBPM Pahang
2 mangsa kebakaran menerima rawatan awal sebelum dibawa ke hospital. - Gambar ihsan JBPM Pahang

Kebakaran terbabit juga mencederakan seorang lelaki dewasa yang mengalami kesan melecur sehingga 50 peratus.

Turut musnah dalam kebakaran ialah lima kenderaan dengan tiga daripadanya terbakar 100 peratus. 

"Sebuah kediaman 100 peratus terbakar manakala sebuah lagi musnah 90 peratus. 

"Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya. 

Terdahulu, tular rakaman video melalui aplikasi WhatsApp mengenai kejadian berkenaan awal pagi tadi yang didakwa berpunca daripada stok simpanan mercun di salah sebuah kediaman itu. 

Difahamkan, satu sidang media akan diadakan di lokasi kejadian oleh Pengarah JBPM Pahang, Datuk Ir Dr Wan Mohammad Zaidi Wan Isa sekitar jam 9 pagi nanti. - Getaran, 28 April 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 1 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad