web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Viral 3 Wanita Makan Di Khalayak Ketika Puasa, Netizen Berbeza Reaksi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Apr 2022 9:31PM

Tangkap layar dari video di media sosial yang memaparkan 3 wanita bertudung didakwa sedang makan di sebuah restoran makanan segera.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pantas sungguh masa berlalu, sedar atau tidak, sudah 19 hari umat Islam berpuasa. 

Sepanjang tempoh tersebut, ramai berkongsi keterujaan meraikan bulan penuh barakah itu menerusi gambar dan klip video berbuka puasa, bersahur mahupun solat tarawih yang dapat kita lihat di media sosial.

Namun ada video tidak enak yang ‘lalu’ di media sosial sehingga menimbulkan perdebatan dalam kalangan netizen.

Video tular di Twitter sejak semalam itu, memaparkan tiga wanita bertudung didakwa sedang makan di khalayak ramai pada siang hari di sebuah restoran makanan segera.

Gelagat ketiga-tiga individu itu dipercayai dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) oleh seorang kakitangan restoran terbabit dan dimuatnaik di aplikasi TikTok sebelum tular di Twitter.

Bukan itu sahaja, kakitangan terbabit turut berkongsi menu dibeli tiga wanita berkenaan, selain mempersoalkan tindakan mereka makan di tempat umum pada waktu siang di bulan Ramadan.

“Kepada tiga orang akak yang pakai tudung tadi datang order (tempah) nugget sembilan ketul, cheezy fires, air mineral dan ice lemon tea, then (kemudian) duduk makan kat situ, nak tanya tak ada rasa serba salah ke dengan customer (pelanggan) lain yang puasa,” soal individu tersebut yang menggunakan nama akaun @qthanyyy di TikTok.

Video tular itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen dengan majoriti mengecam tindakan kakitangan restoran terbabit yang menyebarkan rakaman berkenaan.

“Bukan privacy ke CCTV company (syarikat)? Pluslah makan je kot, kau macam first time (pertama kali) pula puasa menggelupur nampak orang makan. Lemah,” kata Rbtulaisyh.

“Staf yang post (pos) tu, masa kakak-kakak tu beli, kecut pula tak nak tegur. Tiba-tiba nak upload (muatnaik) kat socmed (media sosial) pakai rakaman CCTV company? Chase clout (kejar pengaruh) ke tu?,” soal Kathleenwhonow.

“Agree (setuju)! Hakikatnya mereka pun tahu untuk duduk dekat penjuru, so tak ada orang nampak,” kata Aizaazahari.

“Ni opinion (pendapat) kitalah, senang cerita. Kalau dah nampak diorang makan dekat situ, as worker (pekerja) situ just diam-diam tak perlu record dan viral macam ni. Ataupun tegur secara baik. Sebab nanti bukan salah faham between (antara) diorang je, yang komen yang tengok semua akan boleh jadi gaduh,” kata Amalamnani.

Dalam pada itu, ramai netizen juga berpendapat ketiga-tiga wanita tersebut tidak sepatutnya makan di restoran berkenaan bagi menghormati Ramadan.

“Seeloknya kalau boleh makan kat tempat yang tak ada orang nampaklah kan lebih manis. Like (seperti) menghormati gitu, bukan dengki apa cuma more to be like common sense (lebih kepada logik akal),” kata Fikriismail98.

“Kan dah jadi masalah makan kat tempat awam. Pasal tu lebih baik elak. Lepas ni tapau je, makan kat rumah, dalam kereta, tangga atau pantri. Kalau boleh tempat tertutup sikit. Bukan apa untuk elak benda macam ini berlakulah. Bukan sekadar menghormati orang berpuasa tapi menghormati Ramadan. Itu sahaja, jangan gaduh-gaduh, benda simple je pun,” kata Mizznwhen.

“Dari kecil aku diajar untuk hormat. Yes (Ya) kita dah tahun 2022, and (dan) ada yang fikiran open (terbuka). Tapi saya fikir hormat orang kena ada juga. Bukan soal iman goyah ke tak goyah. Ni pasal hormat. Ibarat kau orang kaya yang buka puasa dengan orang miskin,” kata TimmySuhaimi.

Menyedari video itu tular sehingga menimbulkan perdebatan ramai, kakitangan restoran terbabit akhirnya tampil memohon maaf di atas tindakannya menerusi satu hantaran video di TikTok.

“Hi Assalamualaikum, first of all (pertama sekali) saya minta maaf dengan video yang blow up (tular) baru-baru ini. Saya mengaku salah saya sebab record (rekod) strangers (orang asing) tanpa izin melalui CCTV macam tu.

“Terima kasih pada yang tegur baik-baik, terima kasih juga yang maki hamun. Saya terima semua and jadikan pengajaran supaya lebih berhati-hati sebelum nak buat sesuatu. Maafkan saya,” katanya.

Sementara itu, mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berpendapat, hukum seseorang yang ada keuzuran untuk tidak berpuasa makan di siang hari pada Ramadan adalah diharuskan.

Namun begitu, katanya, individu terbabit hanya boleh makan dan minum di tempat sunyi dari penglihatan orang ramai.

Katanya, ini bertujuan untuk menjaga dan memelihara diri individu terbabit dari fitnah.

“Selain itu, ia bagi menyelamatkan orang ramai dari sangkaan buruk lalu mereka mendapat dosa, kecuali dalam keadaan jika orang sekelilingnya mengetahui keadaan uzurnya yang dibenarkan oleh syara’ untuk tidak berpuasa.

“Akhirnya, semoga dengan sedikit penjelasan diberikan ini, mampu memberikan kepada kita sedikit kefahaman dalam menjalani kehidupan seharian yang lebih baik,” katanya menerusi satu perkongsian di laman web https://maktabahalbakri.com. - Getaran, 21 April 2022
 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 11 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 8 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad