web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Polis Teruskan Saman Pada Individu Tidak Pakai Pelitup Muka

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Apr 2022 9:00PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis hari ini menafikan pihaknya tidak menyaman individu yang tidak memakai pelitup muka sepanjang Ramadan dan semasa sambutan Aidilfitri nanti.

Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Zaini Jass ketika dihubungi Bernama sebaliknya berkata penguatkuasaan tetap dilaksanakan ke atas individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan termasuk kesalahan tidak memakai pelitup muka.

Sementara itu, Ketua Komunikasi Korporat PDRM ACP A. Skandaguru menegaskan bahawa SOP fasa peralihan ke endemik yang bermula 1 April lalu masih berkuat kuasa dan pemakaian pelitup muka diwajibkan di tempat awam.

"Oleh yang demikian, PDRM masih meneruskan tindakan kompaun jika terdapat mana-mana pihak yang melanggar SOP berkenaan di bawah peruntukan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Hari ini tular di aplikasi WhatsApp satu edaran dengan kepala surat bertarikh 20 April meminta pegawai kanan dan pegawai rendah polis mengambil maklum SOP terkini yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara sempena Ramadan dan sambutan Aidilfitri.

Antara makluman dalam edaran itu adalah tiada lagi saman akan dikeluarkan atas kesalahan tidak memakai pelitup muka, bagaimanapun pasukan pemantau hendaklah memberi nasihat agar orang ramai memakai pelitup muka. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 15 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja