web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Didakwa Miliki RM1 Juta Tanpa Sumber Jelas, Mohd Nazlan Lapor Polis

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Apr 2022 8:49PM

Mohd Nazlan Mohd Ghazali - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali menafikan tuduhan kononnya beliau disiasat berhubung kemasukan RM1 juta ke akaun miliknya.

Justeru, beliau hari ini membuat laporan polis berhubung perkara itu, sekali gus menafikan tuduhan terbabit yang dibuat penulis blog, Raja Petra Kamarudin menerusi satu artikel.

Manakala, kenyataan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia Istana Kehakiman Putrajaya berkata, artikel ditulis Raja Petra bertajuk 'Judge Mohd Nazlan being investigated for unexplained RM1 million in his bank account' disiarkan sebuah portal itu adalah palsu dan tidak berasas.

“Ia juga berniat jahat bertujuan menjatuhkan kredibiliti Mohd Nazlan sebagai seorang Hakim Mahkamah Rayuan dan mengganggu sistem keadilan serta institusi kehakiman.

“Laporan polis ini juga dibuat agar siasatan di bawah seksyen 500 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan peruntukan undang-undang lain yang berkaitan dapat dijalankan.

“Pejabat ini memandang serius terhadap tuduhan dan komen seperti ini serta mengingatkan orang ramai bahawa tuduhan terhadap Badan Kehakiman bertujuan mengganggu-gugat kes sedang dalam proses perbicaraan, satu pelanggaran prinsip sub judice,” katanya.

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah turut menggesa agar pihak polis dapat menjalankan siasatan segera demi memelihara keyakinan orang ramai terhadap institusi kehakiman negara.

“Ia juga memastikan pentadbiran keadilan dapat berjalan dengan baik,” katanya.

Terdahulu, menerusi hantaran di blognya, Raja Petra yang juga pengarang portal Malaysia Today, dilaporkan mendakwa Nazlan mempunyai kekayaan tidak dapat dijelaskan sumbernya.

Dakwaan itu turut mengatakan beliau sedang disiasat kerana lebih RM1 juta dikatakan diterimanya daripada ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low dikaitkan dengan 1MDB. - Getaran, 21 April 2022
 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 2 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad