web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kes Saman Rafizi, Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan Pengerusi Eksekutif NFCorp

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Apr 2022 4:23PM

Rafizi Ramli - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Bekas Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli tidak dianggap memfitnah pengerusi eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail dan syarikatnya semasa membuat kenyataan berhubung dakwaan penyalahgunaan dana kerajaan, menurut Mahkamah Persekutuan.

Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Besar Malaya, Tan Sri Azahar Mohamed menolak rayuan oleh Mohamad Salleh serta syarikatnya, dan memerintahkannya untuk membayar kos RM70,000 kepada Mohd Rafizi.

Dalam keputusan mahkamah hari ini, Azahar berkata kenyataan Mohd Rafizi dibuat tanpa niat jahat, dan mahkamah mandapati dia tidak bermotifkan niat jahat semasa membuat kenyataan yang dikatakan berunsur fitnah itu.

Beliau juga berkata bahawa terdapat substratum fakta yang mencukupi untuk membolehkan Mohd Rafizi membuat kenyataan itu.

Katanya Mohd Rafizi juga percaya dengan ikhlas bahawa dakwaannya itu adalah benar, dan bahawa dia sedang melaksanakan tanggungjawab awam dalam menuntut akauntabiliti yang lebih besar berhubung pengurusan dana awam.

"Pada pandangan saya kesimpulan responden (Mohd Rafizi) bahawa dana awam disalah guna untuk dimanfaatkan bagi mendapat pinjaman Public Bank adalah pandangan dan kesimpulan yang akan dibuat dengan jujur oleh sesiapa sahaja yang berfikiran waras.

"Sehubungan itu Mohd Rafizi tidak boleh dipertanggungjawab terhadap fitnah,” kata Azahar.

Hakim Mahkamah Persekutuan, Puan Sri Zaleha Yusof dan Datuk Zabariah Mohd Yusof senada dengan keputusan Azahar.

Pada 2013, Mohamad Salleh dan NFCorp menyaman Mohd Rafizi dengan mendakwa beliau (Mohd Rafizi) telah membuat pernyataan fitnah pada 7 Mac, 2012 pada sidang media di pejabat PKR mengenai pembelian hartanah KL Eco City yang didakwanya menggunakan RM71 juta pinjaman kerajaan sebagai cagaran.

Pada 31 Oktober 31, 2016, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur memerintahkan Mohd Rafizi membayar RM150,000 sebagai ganti rugi kepada Mohamad Salleh dan RM50,000 sebagai ganti rugi kepada NFCorp selepas membenarkan saman beliau terhadap Mohd Rafizi. 

Bagaimanapun pada 2019, keputusan Mahkamah Rayuan memihak kepada Mohd Rafizi apabila ia mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi itu.

Pada 2020 Mahkamah Persekutuan memberi kebenaran kepada Mohamad Salleh dan NFCorp untuk membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan selepas peguam Mohd Rafizi tidak membantah terhadap permohonan itu memandangkan beberapa alasan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan itu tidak dibangkitkan dalam kes mereka.

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mewakili Mohamad Salleh dan NFCorp manakala Mohd Rafizi diwakili oleh peguam Razlan Hadri Zulkifli dan Ranjit Singh. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 7 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar