web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bayi Maut Didakwa Terjerut Buaian, Pejabat Peguam Negara Arah Inkues

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Apr 2022 1:28PM

Yuseri mendakap jenazah anaknya Nour Rania. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pejabat Peguam Negara mengarahkan satu inkues diadakan berhubung kes kematian bayi perempuan 15 bulan dalam jagaan di sebuah pusat asuhan di Seremban, Negeri Sembilan pada Februari lalu.

Susulan arahan itu, mahkamah menetapkan inkues tersebut dijalankan bermula 30 Mei depan.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, siasatan berhubung kes terbabit sudah selesai dan kertas siasatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

“Kertas siasatan sudah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara dan arahan supaya inkues diadakan.

“Justeru, mahkamah menetapkan 30 Mei ini sebagai tarikh permulaan inkues,” katanya kepada pemberita hari ini.

Dalam kejadian pada 22 Februari itu, bayi berkenaan, Nour Rania Asyifaa Yuseri, ditemui tidak sedarkan diri selepas lehernya didakwa tersangkut pada kain buaian di pusat asuhan terletak di Bandar Sri Sendayan, Seremban.

Media sebelum ini melaporkan, dia disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di Klinik Kesihatan Sendayan pada jam 4.30 petang selepas seorang wanita yang juga pengasuhnya membawa mangsa ke situ.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof, dipetik sebagai berkata polis merakam keterangan 18 individu, termasuk pengasuh, selain ibu bapa bayi dan kanak-kanak lain yang dihantar ke pusat asuhan terbabit.

Jelasnya, hasil bedah siasat Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban, merumuskan punca kematian adalah disebabkan tekanan pada leher.

Nanda berkata, siasatan awal mendapati pusat jagaan kanak-kanak itu tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan beroperasi sejak penghujung tahun 2019.

Beliau turut dipetik berkata, siasatan kes itu dilakukan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 dan kertas siasatan akan dimajukan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut.

Pada 30 Mac lalu, bapa bayi terbabit, Yuseri Yusoff, 39, turut dilaporkan meluahkan rasa tidak puas hati dengan perkembangan siasatan polis yang didakwa belum menunjukkan sebarang perkembangan positif. - Getaran, 21 April 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Inkues Zara Qairina: Warden Arah 2 Pelajar Bersihkan Darah

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Inkues Zara Qairina: Patung Simulasi Kaki Patah, Kepala Tercabut Dikemukakan Di Mahkamah

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Siasatan Kematian Kadet UTM Syamsul Haris Akan Dibuat Jika Perlu - AG

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Inkues Kes Kematian Zara Qairina Bermula Esok

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 12 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad