web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KD Jebat Patahkan Cubaan 21 Bot Nelayan Asing Masuk Perairan Negara

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2022 8:40AM

Bot nelayan asing yang berjaya ditahan oleh KD JEBAT berhampiran Pulau Perak, petang semalam. - Gambar dari Facebook Tentera Laut Diraja Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berjaya mengekang cubaan pencerobohan 21 buah Bot Nelayan Asing (BNA) daripada memasuki perairan negara berhampiran perairan Pulau Perak petang semalam.

TLDM dalam kenyataan memaklumkan penyaluran maklumat yang pantas menerusi Pusat Kawalan Maritim (MCC) Barat telah mengatur gerak aset terhampir iaitu Kapal Diraja (KD) Jebat untuk ke lokasi pengesanan awal BNA itu di sekitar perairan Selatan Pulau Perak.

"Setiba di posisi pengesanan, KD Jebat mempamerkan kecekapan menerusi tindakan pengusiran ke atas tiga buah BNA di lapangan dan kekal membayangi BNA sehingga keluar meninggalkan sempadan perairan negara.

"Baki 18 buah BNA lagi yang dilaporkan, dipercayai telah meninggalkan perairan negara setelah menyedari kehadiran dan keberadaan aset pertahanan maritim negara," menurut kenyataan itu.

Sebelum itu, pesawat B200T (RMF 377) milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah mengesan keberadaan 21 buah BNA berkenaan di dua posisi berbeza iaitu pada 36 batu nautika Selatan Pulau Perak dan 40 batu nautika Barat Laut Pulau Jarak.

"Maklumat pengesanan lantas disalurkan kepada komponen maritim bagi tujuan tindakan lanjut," menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, Angkatan Tentera Malaysia tidak akan berkompromi dalam aktiviti yang melibatkan keselamatan dan ketidakpatuhan undang-undang negara. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam