web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


426 Kemasukan Ke Hospital, 2 Negeri Guna Katil ICU Tertinggi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2022 11:44AM

Putrajaya dan Selangor kekal merekodkan penggunaan katil kes kritikal atau ICU bagi pesakit COVID-19 melebihi 50 peratus semalam. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 426 kes COVID-19 dimasukkan ke hospital semalam melibatkan kesemua kategori 1 hingga 5.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kira-kira 182 kes (42.7 peratus) adalah kategori 3, 4 dan 5, manakala 244 kes (57.3 peratus), kategori 1 dan 2.

Putrajaya dan Selangor kekal merekodkan penggunaan katil kes kritikal atau unit rawatan rapi (ICU) bagi pesakit COVID-19 melebihi 50 peratus semalam.

Data menunjukkan penggunaan katil ICU di Putrajaya pada kadar 67 peratus, manakala Selangor, 51 peratus.

Bagi penggunaan katil bukan kritikal pula, hanya Putrajaya merekodkan penggunaan melebih 50 peratus, iaitu pada kadar 53 peratus.

Dr Noor Hisham memaklumkan, jumlah keseluruhan penggunaan katil ICU bagi pesakit dijangkiti virus itu di seluruh negara semalam adalah 19 peratus, manakala bagi katil bukan ICU pula 22 peratus.

“Bagi katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), Perak satu-satunya negeri yang menunjukkan peratusan melebihi 50 peratus, iaitu pada kadar 59 peratus.

“Pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan menurun kepada 97 pesakit dengan penggunaan alat tersebut sebanyak 11 peratus,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Selain itu, Dr Noor Hisham menjelaskan, terdapat perbezaan antara data harian kemasukan kes COVID-19 ke hospital, berbanding kes COVID-19 kategori 1 hingga 5 yang baru didiagnos setiap hari, disebabkan keadaan klinikal pesakit yang dinamik dan mungkin merosot atau bertambah baik sepanjang dijangkiti.

“Pada masa sama, terdapat juga kes COVID-19 berisiko tinggi dari kategori 1 dan 2 yang memerlukan kemasukan ke PKRC dan hospital sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya.

Sebanyak 10,052 kes baharu COVID-19 dilaporkan sehingga tengah malam tadi, menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan wabak itu di Malaysia kini 4,352,611.

Kategori 1 mencatatkan 5,715 kes, kategori 2 (4,272 kes), kategori 3 (31 kes), kategori 4 (17 kes) dan kategori 5 (17 kes).

Daripada 65 kes COVID-19 kategori 3 hingga 5, 21 atau 32.31 peratus dilaporkan tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi dan 18 atau 27.69 peratus sudah menerima dua dos vaksin, namun belum menerima dos penggalak.

Selain itu, sebanyak 26 kes (40 peratus) sudah menerima dos penggalak, 33 kes (50.77 peratus) berusia 60 tahun ke atas, 36 kes (55.38 peratus) mempunyai komorbid dan satu kes ibu hamil.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan, nilai kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 bagi seluruh negara semalam adalah 0.85 dengan Selangor mencatatkan nilai Rt tertinggi iaitu 0.93, diikuti Negeri Sembilan (0.85), Perak dan Putrajaya (masing-masing 0.82), Terengganu (0.80), manakala Johor dan Kuala Lumpur masing-masing 0.79. - Getaran, 14 April 2022
 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi