Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Beberapa Sektor Pekerjaan Diberi Kelonggaran Gaji Minimum

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2022 8:56PM

Beberapa sektor pekerjaan akan diberikan kelonggaran apabila pelaksanaan kadar gaji minimum RM1,500 dilaksanakan mulai 1 Mei ini. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Beberapa sektor pekerjaan termasuk sektor tidak formal akan diberi kelonggaran apabila pelaksanaan kadar gaji minimum RM1,500 berkuat kuasa 1 Mei ini, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan.

Antaranya adalah kerja kampung, syarikat yang kurang daripada lima pekerja, dan syarikat yang berdepan kerugian besar seperti sektor perhotelan dan pelancongan, katanya.

Menekankan bahawa pendekatan sama iaitu kelonggaran yang diberikan adalah sama ketika perintah gaji minimum pada 2012, Saravanan berkata kerajaan juga akan memberikan tempoh setahun kelonggaran bagi mana-mana pihak yang memerlukan dan tempoh tersebut boleh dipanjangkan mengikut kuasa menteri.

“Orang kampung (masih) bekerja dengan gaji RM500, RM600. Kalau saya paksa mereka dibayar RM1,500, mereka mungkin akan hilang pekerjaan,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran inisiatif Microcredential Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) di sini, hari ini.

Pada 19 Mac lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kelulusan pelaksanaan kadar gaji minimum RM1,500 sebulan di seluruh negara mulai 1 Mei ini. 

Menurut Saravanan, pelaksanaan kadar gaji minimum itu adalah selaras dengan Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732) yang ia perlu dikaji sekali dalam dua tahun.

“Kalau bukan sekarang, bila? Akta (Akta 732) kata dua tahun sekali. Kalau saya tak buat akan ada orang kutuk saya, Saravanan langgar akta,” katanya.

Mengenai inisiatif Microcredential HRD Corp, Saravanan berkata ia bertindak sebagai mekanisme penyambung antara institusi pengajian tinggi dan industri di Malaysia dengan sasaran penawaran sebanyak 50,000 tempat latihan kelayakan mikro kepada rakyat negara ini menjelang akhir tahun ini (2022).

Beliau berkata lebih tiga juta tempat latihan kelayakan mikro juga akan ditawarkan dalam tempoh lima tahun akan datang.

Microcredential HRD Corp diperkenalkan bagi membolehkan individu yang mengikuti kursus pendek diberi pengiktirafan secara profesional dan dinilai berdasarkan kepada pengetahuan, kemahiran dan sikap utama individu tersebut.

Ia merupakan pembelajaran singkat yang fokus kepada skil profesional tertentu berasaskan keperluan industri dan diiktiraf oleh majikan.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dalam ucapannya sebelum itu berkata kursus berbentuk pensijilan mikro memberikan laluan kepada penganugerahan akreditasi akademik yang lebih besar, bergantung kepada dasar pindahan kredit di institut pengajian tinggi (IPT) dan badan kelayakan profesional sedia ada.

“Saya yakin dengan inisiatif ini boleh membantu menyelesaikan masalah ketidakpadanan antara kemahiran sumber manusia sedia ada dengan permintaan majikan, industri dan pasaran pekerjaan di Malaysia,” katanya.

Maklumat lanjut mengenai inisiatif itu boleh diperoleh melalui https://hrdcorp.gov.my/ms/microcredential-bm/. - Bernama

Sorotan

1

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

2

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

3

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

4

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

5

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

6

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

SPR Perlu Timbang Wujudkan Tapisan Kelayakan Akademik Calon - Aktivis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Didakwa Mahu Buka Kasino Di Forest City, Berjaya Corporation Buat Laporan Polis

oleh Fida Ruzki

Semasa 1 hari yang lalu

Yayasan Sarawak Biaya Pelajaran Anak Mendiang Joanna Hingga Universiti - Abang Jo

Semasa 14 jam yang lalu

Chegu Bard Didakwa Di Mahkamah Sesyen KL Hari Ini

oleh Wartawan Getaran