web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ordinan Darurat Bagi Perlindungan Dari Fitnah, Penipuan Berita Palsu

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2021 8:13AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penguatkuasaan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No 2) 2021 bukanlah tindakan kerajaan untuk menyekat kebebasan bersuara rakyat sebaliknya bertujuan, antara lain, memberi perlindungan kepada individu atau organisasi daripada menjadi mangsa penipuan dan fitnah berita palsu berkaitan COVID-19 serta Proklamasi Darurat. 

Ketua Pegawai Kawal Selia Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Zulkarnain Mohd Yasin berkata ordinan itu memiliki unsur perundangan dari segi peranan mahkamah yang berfungsi sebagai semak dan imbang.

“Dalam satu aspek, seseorang itu boleh memohon kepada mahkamah untuk melindungi atau membuang kandungan (tidak benar), kita harus lihat juga aspek individu dan perniagaan kerana individu atau organisasi mungkin difitnah, contohnya pasar raya difitnah (bahawa) pekerja-pekerjanya dijangkiti COVID-19.

“Jadi apa perlindungan kepada organisasi perniagaan tersebut, mereka boleh dapat perintah mahkamah supaya kandungan itu dihapuskan dan bagi mereka yang tidak puas hati (dengan) perintah (yang) dikeluarkan oleh mahkamah, mereka juga ada peluang untuk dapatkan perintah mahkamah untuk ketepikan perintah tersebut.

“Maka ada proses semak dan imbang di situ kerana kita tidak menafikan hak untuk mendapat perlindungan atau mendapatkan remedi daripada mahkamah,” katanya ketika menjadi tetamu Ruang Bicara terbitan Bernama TV bertajuk ‘Proklamasi Darurat dan Berita Tidak Benar COVID-19’ malam ini. 

Ordinan itu memperuntukkan hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali manakala bagi kesalahan berterusan pula, denda maksimum RM1,000 bagi setiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Ordinan itu turut memberi definisi ‘berita tidak benar’ termasuklah apa-apa berita, maklumat, data dan laporan keseluruhan atau sebahagiannya palsu yang berhubungan dengan COVID-19 atau Proklamasi Darurat sama ada dalam bentuk rencana, visual atau rakaman audio, atau dalam apa-apa bentuk lain yang boleh menggambarkan perkataan atau idea. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 tahun yang lalu

Usul Bahas Ordinan Darurat Boleh Dibawa Ke Sidang Parlimen September - PM

2

Semasa 4 tahun yang lalu

Tindakan Takiyuddin Tak Salah - Zuraida

3

Semasa 4 tahun yang lalu

Pembatalan Ordinan Darurat Menyalahi Undang-Undang - Pakar Perundangan

4

Politik 4 tahun yang lalu

Kontroversi Ordinan Darurat, Sidang Dewan Rakyat Kecoh

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Politik 3 jam yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad