Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Keracunan Makanan Berbahaya, JKN, PBT Perlu Pantau Makanan Bazar Ramadan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Apr 2022 9:09AM

Gambar yang dirakamkan dua tahun lalu di mana mangsa keracunan puding buih, Siti Hasnah Mustafa, menunjukkan puding buih yang dibelinya, ketika dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada tahun 2020 - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Selepas dua tahun berlalu, insiden keracunan puding buih berulang kembali, kali ini membabitkan dua beradik dari Kampung Bukit Tok Beng di Kuala Terengganu.

Mangsa, Muhammad Aqil Rifqi Mohd Rusnizam, 9, dan adiknya, Nur Azzahra Raisha, 7, dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan, kira-kira sembilan jam selepas memakan puding buih itu Rabu lalu.

Kedua-duanya mula mengalami cirit-birit dan muntah, kira-kira jam 4 pagi, sehari selepas itu.

Insiden berkenaan turut menarik perhatian pakar kesihatan yang bimbang kes seumpama itu boleh meragut nyawa terutamanya kanak-kanak.

Dr Sharifa Ezat Wan Puteh
Dr Sharifa Ezat Wan Puteh

Pakar Kesihatan Pakar Kesihatan Awam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh berkata, kes keracunan makanan tidak boleh dipandang ringan.

Katanya, keracunan makanan adalah penyakit disebabkan pengambilan makanan atau minuman tercemar dengan toksin yang terhasil daripada bakteria, virus atau parasit.

“Kes ini amat berbahaya sebenarnya terutama kepada kanak-kanak. Ia boleh menyebabkan pelbagai komplikasi kesihatan seperti demam, cirit-birit, muntah dan loya.

“Apabila mangsa cirit-birit terutamanya, mereka akan hilang banyak air melalui najis. Apabila kehilangan banyak air, renjatan (shock) berlaku sehingga boleh mengancam nyawa,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Susulan itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya memeriksa terlebih dahulu makanan yang dibeli di bazar Ramadan sebelum menikmatinya untuk berbuka puasa.

“Jadi penting untuk orang ramai tahu dan faham. Mereka kena tengok, rasa dan bau sebelum makan apabila berbuka.

“Kadang ada di antara pelanggan tak prihatin, mereka akan sanggup makan walaupun dari awal lagi dah ada rasa was-was mengenainya, disebabkan terlalu lapar dan sayangkan duit,” katanya.

Menurut beliau, peniaga di bazar Ramadan juga perlu sentiasa menitikberatkan aspek kebersihan serta keselamatan makanan dan minuman yang dijual bagi mengelakkan kes keracunan makanan.

“Paling penting peniaga dan pekerjanya perlu mendapatkan suntikan imunisasi tifoid. Ini bagi memastikan semua makanan selamat dimakan dan tidak dicemari pelbagai virus.

“Mereka juga perlu memakai apron, penutup kepala dan sarung tangan sepanjang menyediakan makanan yang dijual,” katanya.

Ditanya sama ada wujud keperluan untuk menubuhkan pasukan khas bagi memantau kebersihan dan keselamatan makanan yang dijual di bazar Ramadan, Dr Sharifa Ezat berkata, ia tidak perlu dilakukan ketika ini.

Katanya, ini kerana Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) sudah mempunyai Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan yang akan melakukan pemeriksaan dan rondaan di bazar Ramadan.

“Pasukan tu memang dah ada, jadi tak perlu tubuh pasukan khas. Cuma kalau boleh tambah kakitangan kerana unit tersebut amat kecil.

“Kebiasaannya mereka selalu meronda petang-petang terutamanya bila ada aduan. Jadi bila ada peniaga dan pekerja yang tidak mematuhi peraturan ditetapkan, tindakan akan diambil,” katanya.

Begitupun bagi memantapkan lagi pasukan tersebut, beliau menyarankan agar JKN bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk melakukan pemantauan dengan lebih kerap di semua tapak bazar Ramadan terutama membabitkan gerai jualan makanan dan minuman.

“Tambah kakitangan dah memang perlu, tapi bagi saya kawalan bersama antara kedua-dua pihak tersebut dapat memantapkan lagi unit berkenaan.

“Bukan sahaja pengawasan, penguatkuasaan, kawalan dan pemeriksaan dapat dilakukan secara lebih teratur tetapi juga lebih sistematik. Ia juga dapat menambah baik nilai kerja kedua-dua pihak,” katanya. - Getaran, 11 April 2022

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Disyorkan untuk anda

Sukan 12 jam yang lalu

Lagenda Liverpool Memenangi Battle Of The Reds

oleh Manvir Victor

Semasa 4 jam yang lalu

Kemarau: Beting Pasir Seluas Padang Bola Timbul Di Sungai Kelantan

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Parah Nahas Jalan Kuala Krai - Gua Musang

Semasa 58 minit yang lalu

Yayasan Sarawak Biaya Pelajaran Anak Mendiang Joanna Hingga Universiti - Abang Jo