web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Telur Tak Dimasak Sempurna Punca Kes Keracunan Puding Buih?

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Apr 2022 3:28PM

Salah satu ramuan puding buih adalah putih telur yang mudah terdedah kepada bakteria Salmonella. - Gambar hiasan dari rasamalaysia.netlify

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gara-gara kes dua beradik yang mengalami cirit-birit dan muntah selepas dipercayai makan Puding Buih dibeli ibu mereka di bazar Ramadan Rabu lalu, pencuci mulut popular di Terengganu itu kecoh diperkatakan di media sosial.

Insiden terbaharu itu mengimbau kembali tragedi hitam pada 2020, apabila seorang mangsa keracunan puding buih meninggal dunia selepas 10 hari bertarung nyawa di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

Selepas dua tahun, insiden sama berulang lagi di lokasi sama, Kuala Terengganu.

Majoriti netizen mengecam sikap peniaga yang tidak jujur dan mengabaikan soal kebersihan semasa proses penyediaan makanan tersebut.

Beberapa pengguna Facebook turut menasihati orang ramai supaya tidak membeli puding buih di bazar Ramadan kerana putih telur yang digunakan untuk menghasilkan hidangan itu tidak dimasak dengan sempurna.

Menurut mereka, putih telur yang tidak dimasak mudah terdedah kepada bakteria Salmonella.

“Puding buih ni sedap tapi kena berhati-hati kalau buat sebab putih telur yang digunakan tidak dimasak. Sebab itulah mudah terkena bakteria lagi-lagi kalau tak jaga kebersihan,” kata Cmah Ali.

“Sebab itulah aku tak beli agar-agar atau semua jenis puding termasuk puding buih. Nak-nak puding buih jangan buat atau belilah. Sakit wooo keracunan makanan, kuman Salmonella,” kata Haniey Haniey.

“Puding buih memang ada risiko keracunan sebab dibuat dengan telur tak dimasak,” kata pula Khadijah Ismail.

“Pengajarannya jangan ambik risiko makan puding buih. Sebab cara dia buat tu telur tidak dimasak sempurna. Banyak kuman-kuman masih aktif. Kuih lain banyak lagi, so pilihlah kuih lain dari kuih yang berisiko begini,” kata Jaja.

Dalam pada itu, terdapat netizen yang menggesa puding tersebut diharamkan penjualannya kerana cara penyediaan yang tidak betul.

“Rasanya puding ni kena haramkan penjualannya. Macam tak selamat je,” kata Suria Azizan.

“Tak payah jual, nak makan buat sendiri. Nasib tak baik puding tu bawa maut,” kata Hamidah Sakan.

Sementara itu, seorang pengguna Facebook, Faranisyah Hakim berkongsi rahsia penyediaan puding tersebut agar selamat dimakan.

Katanya, untuk memastikan puding buih dihasilkan selamat dimakan, ia perlu menggunakan telur ayam yang segar dan bersih.

“Sebagai orang Pantai Timur, puding buih ini tak asing buat kami. Dari kecil sampai umur 40 tahun, dah bergenerasi kami makan puding ini.

“Tapi saya tak pernah makan yang dibeli, hanya yang emak buat sahaja sebab kena maklum cara pembuatannya mesti guna telur yang segar dan bersih.

“Peniaga yang buat kuih ini memang kena extra careful. Kalau rasa renyah, sila buat kuih lain,” katanya. - Getaran, 10 April 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Temui Barisan Pelakon Blood Brothers Di Bazar Ramadan Terpilih!

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Kesan 3 Lelaki Edar Kad Pinjaman Wang Tanpa Lesen, Judi Di Bazar Ramadan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Penjual Martabak ‘Berinti’ Kain Buruk Sudah Dikenakan Tindakan - KKM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Putrajaya: 5 Bazar Ramadan Rekod Kutipan Sisa Domestik Antara 6 Hingga 7 Tan Sehari

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Letupan Bom: 2 Rakyat Malaysia Cedera Di Narathiwat 

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 1 hari yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar