web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


16 Warga Malaysia Diperdaya Dengan Peluang Pekerjaan Di Kemboja Diselamatkan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Apr 2022 8:32AM

Datuk Seri Abd Jalil Hassan - Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menyelamatkan 16 warga Malaysia di Wilayah Preah Sihanouk, Kemboja yang telah diperdaya dengan iklan peluang pekerjaan sebagai pegawai khidmat pelanggan di negara itu dengan tawaran gaji lumayan.

Kesemua mangsa berumur lingkungan 19 hingga 43 tahun itu terdiri daripada 15 lelaki dan seorang wanita diselamatkan dengan kerjasama PDRM, Interpol, Polis ASEAN, Kementerian Luar serta Polis Kemboja.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata kesemua mangsa diselamatkan pada kira-kira 12 tengah hari 5 April lepas.

Beliau berkata mereka diperdaya melalui iklan di laman Facebook malah kos perbelanjaan perjalanan pekerjaan mereka turut ditanggung oleh pihak syarikat di Kemboja.

“Setelah mangsa tiba di Kemboja, dokumen perjalanan mangsa dirampas, pergerakan dikawal dan dikurung dengan kawalan yang ketat,” menurutnya dalam kenyataan malam tadi.

Abd Jalil berkata setelah tiba di negara itu, mangsa baru menyedari dan merasakan mereka diperdaya.

Beliau berkata siasatan awal polis mendapati mangsa dipaksa bekerja sebagai ‘scammer’.

“Kesemua mangsa berada dalam keadaan selamat dan kini di Phnom Penh, Kemboja sementara menunggu penerbangan pulang ke Malaysia dalam masa terdekat,” katanya.

Sehubungan itu, Abd Jalil berkata PDRM menasihati masyarakat agar lebih berhati-hati terhadap tawaran kerja dengan gaji yang lumayan di luar negara bagi mengelakkan orang ramai dieksploitasi pihak tidak bertanggungjawab demi keuntungan dan kepentingan mereka.

“PDRM amat mengalu-alukan kerjasama daripada masyarakat yang mempunyai maklumat tentang sindiket memperdayakan warganegara Malaysia dan memaksa mangsa menjalankan aktiviti yang menyalahi undang-undang di luar negara.

“Sekiranya ada maklumat berkaitan kes ini, orang ramai diminta menyalurkannya di mana-mana balai polis berdekatan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Penipuan Siber: 3 Rakyat Malaysia Antara 49 Ditahan Di Phnom Penh

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Dakwaan Sabotaj Negara: PDRM Ambil Keterangan 3 Individu - KPN

3

Semasa 6 bulan yang lalu

‘PDRM Tak Perlu Siasat Siapa Yang Kritik Saya’ - Anwar

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Perjanjian Damai Dimeterai, PM Terima Ucapan Terima Kasih Daripada Rakyat Kemboja

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Pendidikan 17 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad