web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Geng Plastik Hitam, Menteri Beri Amaran Hukuman Tegas Menanti

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2022 9:09PM

Geng plastik hitam mendapat perhatian setiap kali tiba bulan Ramadan dan ia merujuk kepada mereka yang ponteng puasa.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Apabila Ramadan membuka tirai, sebahagian besar umat Islam pastinya teruja untuk menjalani rukun Islam ketiga yang hadir hanya sebulan setiap tahun.

Bagaimanapun, perasaan itu berbeza dengan kaki ponteng puasa atau cukup dikenali sebagai ‘geng plastik hitam’ yang sentiasa mencari jalan mendapatkan makanan dan ‘port’ sebagai tempat untuk mengisi perut masing-masing.

Pelbagai taktik digunakan geng itu untuk memenuhi rutin mereka sudah dibongkar saban tahun oleh penguat kuasa agama, termasuk penggunaan plastik hitam bagi mengaburi mata pihak berkenaan.

Geng plastik hitam terbabit boleh dianggap agak ekstrem apabila ada di antara mereka menjadikan tanah perkuburan sebagai ‘port’ untuk makan, kononnya bagi mengelakkan aktiviti dihidu pihak berkuasa.

Antara ‘port’ lain biasa digunakan kaki ponteng puasa pada Ramadan adalah di ladang kelapa sawit, kedai snuker dan kawasan perindustrian

Bagi mencegah umat Islam daripada terus bergelumang dosa dan tidak menghormati bulan mulia itu, pihak penguat kuasa agama sentiasa mengenalpasti langkah pencegahan serta tindakan sesuai bagi memberi pengajaran kepada golongan terbabit.

Malah, pernah satu masa, masyarakat Malaysia digemparkan dengan tindakan drastik pasukan penguat kuasa agama ‘mengangkut’ kaki ponteng puasa menggunakan van jenazah kerana dilihat sebagai langkah paling berkesan berbanding tindakan undang-undang.

Tindakan membawa kaki ponteng dalam van jenayah dilaporkan masih dilaksanakan, seperti di Terengganu pada tahun lalu, namun tidak dapat dipastikan sama ada ia sekadar untuk menggertak atau sebaliknya.

Di Melaka, Ketua Menterinya, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap individu ponteng puasa dan peniaga yang bersubahat.

Bagaimanapun, apa yang menakutkan adalah apabila beliau mengatakan jika geng plastik hitam ditahan, mereka mungkin akan dimandikan seperti jenazah.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Idris Ahmad, memberi amaran kepada geng plastik hitam bahawa mereka akan berdepan hukuman setimpal jika ditangkap.

Menurut beliau, tindakan sama diambil terhadap peniaga yang menjual makanan kepada orang Islam pada siang hari, namun hukumannya tertakluk kepada undang-undang di sesebuah negeri. – Getaran, 6 April 2022
 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad