web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Niat Pinjam RM80,000, Pegawai Bank Rugi RM243,000 Akibat Diperdaya

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2022 8:35PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hasrat seorang pegawai bank untuk membuat pinjaman peribadi sebanyak RM80,000 bertukar ‘tragedi’ apabila dia diperdaya sebanyak RM243,000 selepas menjadi mangsa penipuan pinjaman wang tidak wujud.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kuala Lumpur, Superintendan Mohamad Musa Marsidi berkata, mangsa berusia 54 tahun itu berurusan untuk membuat pinjaman sebanyak RM80,000 dengan mengisi borang di laman sesawang.

“Selepas mengisi borang menerusi laman sesawang, mangsa dihubungi pekerja syarikat pinjaman itu dan diminta membuat beberapa transaksi sebagai bayaran proses pinjaman.

“Sejak Februari sehingga Mac lalu, mangsa membuat pembayaran sebanyak RM243,000 secara berperingkat ke sembilan akaun bank diberikan.

“Merasa tertipu, mangsa membuat laporan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan tidak mudah percaya pada tawaran iklan pinjaman wang dengan kadar rendah, selain membabitkan proses pantas tanpa syarat ketat.

“Hadirlah secara fizikal ke institusi perbankan atau kewangan berlesen sahaja untuk membuat permohonan pinjaman wang.

“Orang ramai juga dinasihat menyemak akaun bank atau nombor telefon diragui melalui laman sesawang http://ccid.rmp.gov.my/semakmule,” katanya.

Sekiranya mengesan sebarang jenayah atau aktiviti mencurigakan, orang ramai boleh menghubungi CCID Infoline di talian 013-2111222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21460584/0585. – Getaran, 6 April 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan