web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kos Barang Melonjak, Peniaga Bazar Ramadan Terengganu Kekal Harga

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2022 8:32PM

Kebanyakan peniaga di Bazar Ramadan Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu memutuskan untuk tidak menaikkan harga jualan mereka meskipun berdepan kos kenaikan bahan mentah.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Walaupun berdepan kenaikan kos barang mentah hampir 50 peratus, masih ada beberapa peniaga Bazar Ramadan Dataran Shahbandar di sini, memilih tidak menaikkan harga jualan mereka demi menjaga hati pelanggan.

Perkara berkenaan diakui peniaga Zainal Abd Wahab, 52, yang menjual roti payang apabila mengekalkan harga RM1 bagi sekeping makanan itu kerana bimbang pelanggan ‘lari’.

“Saya kekalkan sahaja harga RM1 bagi sekeping roti biarpun kos barang mentah naik hampir 50 peratus pada tahun ini.

“Tapi saya tak berani nak naikkan harga takut pelanggan saya bising kata mahal dan jualan saya tak laku,” katanya kepada Getaran.

Zainal Abd Wahab
Zainal Abd Wahab

Zainal yang berniaga di bazar itu sejak 20 tahun lalu berkata, susulan pengekalan harga jualan itu, dia cuba menyerap kos dengan mengecilkan saiz makanan supaya boleh mendapat sedikit keuntungan.

Manakala, bagi peniaga ayam goreng, Samsudin Sulaiman, 61, harga ayam goreng dijualnya tetap sama seperti tahun sebelum ini, iaitu RM13 seekor.

“Memang kos bahan mentah semua meningkat, seperti ayam, tepung dan minyak, tapi saya jual dengan harga sama.

“Pelanggan akan bising. Jadi kita kekalkan saja harga tahun ini dengan tahun lepas walaupun pulangan untung sikit,” katanya.

Menurutnya, bagi mengurangkan beban kenaikan itu, dia membeli stok ayam beku yang lebih murah berbanding ayam segar.

“Kalau ayam beku ini bolehlah kita untung sedikit tapi tak adalah macam dahulu. Kalau dahulu saya boleh untung RM8 bagi seekor ayam, sekarang RM6 macam itu sahaja.

“Sebab itu berniaga sekarang tak untung mana hanya sekadar cukup- cukup makan sahaja,” katanya. – Getaran, 6 April 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad