web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


COVID-19 Halang Gandingan ‘Patatimo’ Beraksi Di Final Masters Orleans Perancis

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2022 8:54AM

Muhammad Haikal (kiri) positif COVID-19 dan terpaksa memberi kemenangan tanpa bertanding kepada pasangan dari Belanda.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Harapan beregu muda lelaki negara, Wan Arif Wan Junaidi-Muhammad Haikal Nazri untuk merangkul kejuaraan sulung mereka di Kejohanan Masters Orleans di Perancis punah selepas Muhammad Haikal didapati positif COVID-19.

Beregu Malaysia terpaksa memberikan kemenangan tanpa bertanding kepada beregu Belanda Ruben Jille-Ties Van Der Lecq, selepas Muhammad Haikal didapati positif COVID-19 beberapa jam sebelum melangkah ke gelanggang untuk perlawanan akhir semalam.

Penarikan diri pasangan yang bukan pilihan kejohanan daripada final bermakna  Jille-Van Der Lecq muncul sebagai juara tahun ini.

 

RESULTS: #OrleansMasters2022 FINAL #NED?? Ruben Jille-Ties Van Der Lecq(7) vs #MAS?? Arif Junaidi-Haikal Nazri -...

Posted by Badminton Association of Malaysia - BAM on Sunday, April 3, 2022

“Perjuangan ‘Patatimo Boys’ berakhir selepas terpaksa memberi kemenangan mudah berikutan Haikal Nazri positif ujian COVID-19. Semoga segera sembuh, Haikal,” menurut satu hantaran Facebook Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Wan Arif dari Terengganu sementara Muhammad Haikal dari Kelantan sebelum ini melangkah ke final selepas menumpaskan gandingan tuan rumah Eloi Adam-Julien Maio 21-18, 21-16, dalam separuh akhir kelmarin.

Bukan itu sahaja, beregu 103 dunia melakukan kejutan di dalam kejohanan itu  selepas menewaskan satu lagi pasangan tuan rumah,  Christo Popov-Toma Junior yang di kedudukan ranking ke-30 dunia dalam pusingan pembukaan 19-21, 24-22, 21-19. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad