web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


JHEAT Siasat Video Pesta Dangdut Ala Padang Pasir, Penyanyi 'Pondan'

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Apr 2022 8:19PM

Md Adnan (dua dari kiri) pada majlis lawatan mahabbah di sebuah hotel di Kuala Terengganu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) akan menyiasat penularan video penganjuran pesta dangdut di sebuah hotel, di sini yang mencetuskan kontroversi.

Ketua Penolong Pesuruhjaya Bahagian Penguatkuasaan JHEAT, Md Adnan Abdullah berkata, siasatan juga akan membabitkan seorang penyanyi dipercayai berpakaian menyerupai wanita dalam video yang tular itu.

“Sebelum ambil tindakan kita perlu siasat dulu, jadi JHEAT akan mula menyiasat mengenai isu ini,” katanya pada sidang media hari ini.

Beliau berkata, Terengganu melarang mana-mana individu menyerupai jantina lain di bawah Enakmen Jenayah Syariah (Takzir) 2001.

Katanya, larangan itu termasuk sekiranya individu tersebut membuat persembahan di khalayak ramai.

“Apapun, seperti saya kata kita kena buat siasatan dulu untuk mengetahui apa tindakan kita akan kenakan kepada individu tersebut.

“Ia disebabkan pertama kali JHEAT berdepan isu ini, jadi selepas kita siasat baru kita akan letakkan apa kesalahan individu ini di bawah Enakmen Jenayah Syariah,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Hotel Tanjung Vista, Lily Julia Hassan Tan memohon maaf berhubung isu tersebut.

Dakwanya, pihak hotel tidak mengetahui berhubung penganjuran aktiviti terlarang itu kerana pada asalnya dimaklumkan ia adalah acara makan malam.

“Saya mohon maaf berhubung isu kontroversi itu yang berlaku di premis hotel ini.

“Pihak hotel hanya dimaklumkan oleh penganjur yang mahu menempah dewan, bahawa ia bagi penganjuran makan malam membabitkan seramai 120 orang.

“Kita amat kesal dengan kejadian tersebut dan pihak hotel sudah menjelaskan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd. Nor Hamzah,” katanya.

Terdahulu, tular video berdurasi 25 saat memaparkan penyanyi berpakaian seksi dan mengghairahkan di samping beberapa individu menari di atas pentas dalam acara makan malam bertemakan dangdut ala padang pasir pada 25 Mac lalu. 

Penganjuran pesta dangdut dipercayai dianjurkan kumpulan individu dalam kalangan penduduk tempatan itu, dikecam ramai kerana diadakan sempena Ramadan, sekali gus mencemar kesucian bulan suci berkenaan. – Getaran, 3 April 2022
 

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

MCMC Rampas 6,916 Peranti Komunikasi Tak Sah, Babit Nilai RM2.06 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar