Berita Terkini

10 jam yang lalu: HDC Sarawak lulus RM2.3 juta di bawah skim bantuan deposit perumahan 10 jam yang lalu: Kematian 20 kucing bukan diracun, sebaliknya kena jangkitan 'Parvovirus' - JPV Terengganu 10 jam yang lalu: Rotan anak: Bekas suami Ziana Zain didenda, hukuman penjara diketepikan 10 jam yang lalu: Sebuah bas persiaran terbakar 90 peratus dalam kejadian di Kilometer 27.93 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara 10 jam yang lalu: Beberapa kawasan di Bidor dilanda banjir kilat susulan hujan lebat

IKUTI KAMI


Ukuran Indeks Kebahagiaan Tanda Aras Kualiti PBT - Pakar

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 03 Apr 2022 8:59AM

Persekitaran selamat dan kemudahan awam yang baik secara tidak langsung dapat membantu mengurangkan tekanan seterusnya meningkatkan kesihatan diri. - Gambar Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengukuran Indeks Kebahagiaan di Malaysia penting untuk dilaksanakan sebagai tanda aras dalam memperkasa perkhidmatan pihak berkuasa tempatan (PBT) kepada masyarakat sekali gus menjamin kesejahteraan negara.

Dekan Fakulti Rekabentuk dan Senibina, Universiti Putra Malaysia, Profesor Madya Dr Suhardi Maulan berkata indikator digariskan antaranya kemudahan awam serta penyediaan infrastruktur asas mampu menjadi garis panduan dalam menyelesaikan masalah berbangkit seterusnya menambah baik kualiti kehidupan penduduk di sesebuah bandar.

“Dalam sesebuah bandar, PBT adalah agensi kerajaan paling rapat dengan masyarakat terutama dalam mengatasi segala masalah dihadapi penduduk seperti soal penjagaan kebersihan persekitaran, pengurusan sisa pepejal dan kutipan sampah yang berkesan dan teratur.

“Isu perbandaran seperti ini walaupun dilihat kecil dan remeh, hakikatnya jika tidak ditangani dengan efisien akan menjejaskan emosi dan kualiti kehidupan penduduk,” katanya kepada Bernama.

Jabatan Perancangan dan Desa (PLANMalaysia) baru-baru ini mengeluarkan senarai 80 daripada 114 PBT  di Semenanjung dan Sabah mencapai skor Indeks Kebahagiaan 2021 melebihi 80 peratus, berdasarkan aspek berkaitan tahap dan kualiti perkhidmatan PBT seperti penjagaan kebersihan persekitaran, pengurusan pepejal dan kutipan sampah.

Suhardi yang juga Presiden Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM) berkata jika dilihat dari sudut positif, indeks kebahagiaan itu juga membantu mengenal pasti kelebihan dan kelemahan setiap PBT melalui 14 indikator digariskan seperti tahap kehidupan dan kesihatan, keselamatan kawasan kediaman dan kemudahan awam.

Turut diambil kira ialah infrastruktur asas, kebahagiaan bersama keluarga dan saudara-mara serta keseronokan bekerja, pengurusan kewangan, hubungan dengan jiran, aktiviti bersama komuniti, perkhidmatan PBT dan pemimpin tempatan serta kualiti alam sekitar.

“Pada masa sama, pentadbiran bandar juga harus bersedia menghadapi pertambahan jumlah penduduk yang tinggal di bandar kerana dijangkakan menjelang 2030, keluasan kawasan bandar di Malaysia dijangka bertambah hingga 70 ke 80 peratus,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Fakulti Teknologi dan Informatik Razak (Senibina dan Rekabentuk Bandar), Universiti Teknologi Malaysia, Dr Nurul Azreen Azlan berkata tumpuan dan penambahbaikan perlu dibuat kepada aspek yang lebih konkrit seperti penyediaan kemudahan awam dan kualiti alam sekitar

“Contohnya, persekitaran selamat dan kemudahan awam yang baik secara tidak langsung dapat membantu mengurangkan tekanan seterusnya meningkatkan kesihatan diri,” katanya.

Beliau berkata persekitaran bandar besar berstatus bandar dan bandar raya yang lebih kompleks menjadikan tahap cabaran dihadapi PBT untuk pengurusan persekitaran dan perkhidmatan berbeza selain faktor kos sara hidup serta hubungan komuniti. 

Mengambil contoh Kuala Lumpur yang hanya mendapat indeks kebahagiaan 78.6 peratus dan diklasifikasikan sebagai ‘sederhana bahagia’, Nurul Azreen berkata PBT menghadapi cabaran besar dalam menguruskan ibu negara agar terus berdaya tahan sebagai usaha mempertingkatkan lagi kualiti pengurusan bandar raya serta perkhidmatan kepada warga kota.

“Kuala Lumpur perlu meningkatkan kualiti persekitaran melalui reka bentuk perbandaran lebih kondusif dan berkualiti tinggi dengan mengutamakan akses pengangkutan awam selain memperbanyak kawasan hijau,” katanya sambil menambah faktor perubahan iklim juga perlu diambil kira bagi pengurusan bencana lebih baik. - Bernama

Sorotan

1

'Saya Maafkan Awak' Kata Warga Emas Mangsa ‘Samseng Jalan Raya’

2

Wang Dalam Akaun Saya Cukup Bayar Kad Kredit - Zahid

3

Ewe Hock kesal Dengan Senario Badminton Malaysia Yang 'Terkebelakang'

4

Ada Apa Dengan Melayu

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Industri, Penternak Jamin Bekalan Ayam Mencukupi Setiap Hari - MAFI

oleh Rubini Nagarajah

Semasa 1 hari yang lalu

Peningkatan HFMD Dijangka Susulan Sambutan Hari Raya - KP Kesihatan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Penternak Tawar ‘Korek Najis Ayam’ Tampung Kekosongan Pekerja, Tangani Bekalan Terhad

oleh Susan Albert

Semasa 20 jam yang lalu

Rasuah Lawan COVID-19, Rakyat Malaysia Harus Kecewa - Anthony Loke

oleh Sofian Baharom