web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Angkara Macau Scam, Doktor Muda Hilang RM747,000

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Apr 2022 3:16PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Akibat terperdaya taktik ahli sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai polis dan Kementerian Kesihatan (KKM), seorang doktor muda berputih mata selepas kerugian RM747,000 dalam kejadian sejak Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, mangsa seorang lelaki berusia 30-an, mendakwa menerima panggilan daripada individu yang menyamar sebagai pegawai KKM dan memaklumkan namanya disalah guna untuk tujuan pengambilan ubat di hospital lain.

“Mangsa kemudian disambungkan kepada seorang individu yang mendakwa sebagai pegawai polis.

“Individu berkenaan turut cuba meyakinkan mangsa dan mendakwa kononnya dia terbabit dengan kes dadah serta penggubahan wang haram,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jasmin Hussin
Jasmin Hussin

Jasmin berkata, suspek turut meminta mangsa memberikan maklumat perbankan miliknya bagi tujuan siasatan berhubung pembabitan doktor itu dengan kes terbabit.

“Mangsa yang awalnya tidak mencurigai kata-kata tersebut memberi kerjasama kepada suspek dengan menyalurkan maklumat diminta.

“Selang beberapa hari kemudian, mangsa menyedari akaun di bank miliknya yang berjumlah RM747,000 hilang secara tiba-tiba,” katanya.

Menurut Jasmin, hasil pemeriksaan dilakukan mangsa mendapati, terdapat 16 transaksi di akaun bank miliknya itu yang dipindahkan ke akaun orang lain dalam tempoh beberapa hari selepas dia menerima panggilan berkenaan.

“Mangsa kemudian bertindak menyekat akaun bank miliknya dan hanya membuat laporan polis pada 18 Mac lalu.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Polis menasihatkan orang ramai agar tidak terperdaya dan tidak terlalu mudah membuat sebarang pindahan wang kepada individu tidak dikenali,” katanya. – Getaran, 1 April 2022
 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 23 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja