web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PPM Tumpas Kegiatan Bunuh, Jual Organ Penyu

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2022 4:08PM

Anggota PPM menunjukkan hasil rampasan dan kelihatan suspek berusia 31 tahun yang ditahan untuk siasatan lanjut

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEMPORNA - Pasukan Polis Marin (PPM) menggagalkan kegiatan pembunuhan dan penjualan organ penyu susulan penahanan seorang lelaki di Kampung Bangau-Bangau di sini, semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Semporna, Deputi Superintendan Mohamad Ismail berkata, lelaki berusia 31 tahun itu ditahan selepas PPM menjumpai sejumlah organ penyu di dalam perahu miliknya.

Beliau berkata, menerusi hasil maklumat diperoleh, pihak PPM melakukan pemeriksaan ke atas sebuah perahu yang ditambat di sebuah rumah di kampung berkenaan.

“Pemeriksaan ke atas perahu berkenaan menjumpai sejumlah organ penyu sudah dipotong di dalam ruangan perahu milik suspek.

“Organ ini dipercayai untuk pasaran gelap makanan eksotik,” katanya.

Beliau berkata, suspek dan rampasan terbabit dibawa ke markas PPM.

Menurutnya, PPM percaya kesemua rampasan kes berkenaan dianggarkan bernilai RM11,565.

Katanya, kes tersebut dirujuk ke Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) untuk disiasat mengikut Seksyen 41(1) Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar 1997.

Dalam pada itu, Mohamad Ismail turut mengalu-alukan maklumat daripada orang ramai untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang.

Tambahnya, maklumat boleh disalurkan melalui aplikasi Whatsapp Pusat Komunikasi PPM Sabah di nombor 013 9391197. - Getaran, 30 Mac 2022

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Institusi Diraja Kekal Berkecuali - Istana

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

RCI TH: ‘Jika Mereka Tak Bersalah, Pertahankan; Jika Bersalah, Sila Dakwa’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemerasan RM2 Juta, 12 Pegawai Dan Anggota Polis Ditahan

oleh Sophia Ahmad