web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mengaku Rogol Darah Daging, Bapa Berdepan 30 Tahun Penjara, Sebat

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2022 2:21PM

Tertuduh dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Ayer Keroh selepas mengaku bersalah.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA TENGAH - Bapa empat anak berdepan hukuman penjara 30 tahun selepas mengaku bersalah merogol dan melakukan amang seksual terhadap anak kandungnya selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini, hari ini.

Tertuduh berusia 41 tahun yang juga pekerja ladang sawit membuat pengakuan itu sejurus kesemua empat pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah dihadapan Hakim Elesabet Paya.

Bagaimanapun, mahkamah menetapkan 27 April depan sebagai tarikh fakta kes dan hukuman.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol dan melakukan amang seksual sebanyak dua kali ke atas anak perempuan sulungnya yang berusia 15 tahun.

Bagi perbuatan itu, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Dia turut didakwa melakukan amang seksual fizikal sebanyak dua kali ke atas mangsa sama.

Justeru, dia didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14(A) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang dibaca bersama Seksyen 16(1) akta sama dan jika sabit kesalahan boleh dihukum sehingga 20 tahun serta sebat.

Kesemua perbuatan itu dilakukan tertuduh di kebun kelapa sawit di Kampung Parit Putat Benteng, Sungai Rambai pada 18 Oktober 2021 dan 20 Januari 2022.

Prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Lyiana Zainal Abidin yang tidak mencadangkan sebarang jaminan, namun sekiranya mahkamah ingin menggunakan budi bicara, jaminan dicadangkan adalah sebanyak RM50,000.

Mahkamah bagaimanapun tidak membenarkan tertuduh diikat jamin. - Getaran, 30 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Serang Balai Polis Ulu Tiram: Bapa, Anak Dipenjara 30 Tahun, Ibu 4 Tahun 

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Rasuah: Setiausaha Sulit Kanan Bekas Menteri Dipenjara 6 Tahun, Denda RM8.8 Juta

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Rogol Wanita: Da'i Syed Dipenjara 10 Tahun, 3 Sebatan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Aidilfitri: Keluarga Dibenar Lawat Penghuni Penjara Pada Raya Ketiga, Keempat

Sorotan

1

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

2

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

3

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

4

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

5

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

6

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

Jangan Sembunyi Kes Buli, Tutup Kes Akan Nafi Keadilan Untuk Mangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Sanusi Dakwa Kenyataan Diputar Belit, Bakal Buat Laporan Polis 

oleh Sophia Ahmad

Sukan 14 jam yang lalu

F1 GP Bahrain: Malaysia Bakal Jadi Tuan Rumah Di Litar Sepang - PM 

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

oleh Sophia Ahmad