web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Panggil Penganjur Himpunan Bantah IPCC, RUU Anti Lompat Parti

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Mar 2022 4:51PM

Fann disiasat mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dua individu yang dipercayai antara penganjur perhimpunan penyerahan memorandum membantah Suruhanjaya Bebas Tatakelakukan Polis (IPCC) dan mempercepatkan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti dipanggil memberi keterangan, hari ini.

Kedua-dua individu terbabit, iaitu Penyelaras Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Wong Yan Ke dan Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Thomas Fann dipanggil memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada jam 3 petang.

Yan Ke ketika ditemui berkata, beliau dan Fann disiasat mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana tidak memberi sebarang notis untuk menganjurkan perhimpunan kepada pihak polis.

Bagaimanapun, menurut beliau, perhimpunan tersebut diadakan bagi menyerahkan memorandum berhubung dua isu, iaitu membantah IPCC dan menggesa kerajaan mempercepatkan pembentangan Akta Anti Lompat Parti.

“Masyarakat sivil tidak mempunyai hak istimewa seperti dimiliki Ahli Parlimen (MP) untuk menyertai sebarang perdebatan, sama ada bagi menyatakan sokongan atau bantahan terhadap sesuatu RUU.

“Jadi demonstrasi dan penyerahan memorandum adalah suatu praktis yang biasa dalam negara demokrasi,” katanya hari ini.

Justeru, menurut beliau, tindakan polis menyiasat demonstrasi aman adalah suatu yang tidak boleh diterima sama sekali.

“Demonstrasi tersebut tidak menghalang lalu lintas, kami tidak menghalang MP masuk ke Parlimen.

“Jadi kami hairan kenapa polis membazirkan wang dan sumber untuk menyiasat kita,” katanya sambil memberitahu bahawa memorandum bantah IPCC disokong 55 kumpulan masyarakat sivil dan menerima 200,000 tandatangan rakyat.

Wong Yan Ke
Wong Yan Ke

Sementara itu, Fann berkata, penyerahan memorandum terbabit yang bermatlamat menggesa kerajaan mempercepatkan pembentangan RUU Anti Lompat Parti adalah bagi mengembalikan keyakinan rakyat kepada sistem demokrasi di negara ini.

“Selain itu, kami juga menggesa kerajaan untuk menepati janji mereka seperti dinyatakan dalam memorandum persefahaman dengan pihak pembangkang.

“Apa yang kami bimbang adalah kerajaan tidak memenuhi janji mereka kepada pihak pembangkang, sekali gus menggugat keyakinan rakyat terhadap sistem demokrasi di Malaysia,” katanya.

Selasa lalu, BERSIH dan SUARAM mengadakan perhimpunan bagi membantah kelewatan kerajaan dalam memperkenalkan RUU Anti Lompat Parti dan keengganan menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) di luar bangunan Parlimen.

Mereka berkumpul di Tugu Negara berhampiran Dewan Rakyat pada jam 8.30 pagi, sebelum berarak menuju ke luar bangunan Parlimen.

Dalam perhimpunan itu, peserta turut membawa sepanduk bertulis #RUUAntiLompatParti SEKARANG!, #TolakIPCC, IPCMC SEKARANG!, selain turut melaungkan slogan seperti ‘hidup rakyat’ dan ‘tidak kepada katak’. - Getaran, 29 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 jam yang lalu

331 Ditahan, Polis Bongkar Pertaruhan Haram Piala Dunia RM2.62 Juta

2

Semasa 13 jam yang lalu

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Video & Galeri 13 jam yang lalu

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

4

Semasa 2 hari yang lalu

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Letupan Bom: 2 Rakyat Malaysia Cedera Di Narathiwat 

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

331 Ditahan, Polis Bongkar Pertaruhan Haram Piala Dunia RM2.62 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

oleh Wartawan Getaran