web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kadar Zakat Fitrah Pulau Pinang Kekal RM7

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Mar 2022 4:43PM

MAINPP menetapkan kadar bayaran zakat fitrah di Pulau Pinang, kekal RM7. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUKIT MERTAJAM - Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) menetapkan kadar bayaran zakat fitrah pada tahun ini kekal RM7, kata Yang Dipertuanya, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman.

Ahmad Zakiyuddin yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 berkata mana-mana individu yang ingin membuat bayaran RM13 atau RM20 berdasarkan keselesaan mengikut harga beras yang dimakan adalah digalakkan.

Katanya, kadar tertinggi RM20 itu, pada tahun lepas ditetapkan RM16 namun ia meningkat RM4 tahun ini berikutan peningkatan mendadak harga beras berkualiti tinggi seperti beras basmati dan setara dengannya.

"Zakat fitrah bagi kumpulan majoriti yang makan beras jenis super special tempatan lima peratus, super special tempatan 10 peratus, beras tempatan standard, beras tempatan premium atau lain-lain setara dengannya, ditetapkan pada kadar RM7 seorang.

"Kadar bayaran RM13 pula dikhususkan bagi kumpulan makan beras wangi, beras pulut dan beras calrose/poney atau setara dengannya. Tahun lepas kadar yang ditetapkan RM12 iaitu meningkat RM1 tahun ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pentauliahan Amil Zakat Fitrah Pulau Pinang, di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Pulau Pinang (ZPP) Amran Hazali dan Setiausaha MAINPP Datuk Samsudin Bakar.

Ahmad Zakiyuddin berkata pada tahun ini, ZPP melantik seramai 1,709 amil zakat fitrah melibatkan 234 pusat kutipan bagi memungutnya di seluruh negeri dengan sasaran kutipan zakat fitrah sebanyak RM6.5 juta.

Katanya, kutipan zakat fitrah pada tahun lepas ialah RM6.02 juta iaitu meningkat sebanyak 9.4 peratus berbanding RM5.5 juta pada 2020.

"Saya percaya banyak cabaran dihadapi oleh para amil tahun lepas terutama ketika pandemik COVID-19, namun atas kesungguhan dan kerja keras terdapat pusat kutipan zakat fitrah yang mengalami kenaikan luar jangka serta ini sebenarnya adalah hasil kesungguhan mereka (para amil) berjaya mempelbagaikan kaedah kutipan sehingga mencatatkan peningkatan besar pada tahun lepas," katanya.

Sementara itu, Amran berkata sepanjang tahun lepas ZPP berjaya mengutip zakat sebanyak RM147.2 juta iaitu peningkatan sebanyak 12.5 peratus berbanding 2020 iaitu RM130.8 juta dengan agihan pula membabitkan RM141.5 juta pada tahun lepas berbanding RM126.6 juta pada 2020 iaitu meningkat 11.8 peratus.

Katanya, peningkatan kutipan dan agihan zakat di Pulau Pinang pada 2021 memberi naratif yang jelas bertambahnya kepercayaan masyarakat Islam di negeri ini terhadap ZPP dan diharap momentum tersebut berterusan bagi membolehkan ZPP mencapai sasaran kutipan zakat pada tahun ini sebanyak RM161.5 juta.

"Selain pembayaran secara bersemuka untuk pembayaran zakat fitrah, ZPP turut menawarkan kemudahan (pembayaran) dalam talian...tahun lepas, sebanyak sembilan peratus membayar zakat fitrah secara dalam talian iaitu menurun dua peratus berbanding 2020," katanya.

Beliau berkata pihaknya menjangkakan hampir 10 peratus akan membayar zakat fitrah secara dalam talian dan ketika ini terdapat lebih 700,000 umat Islam di Pulau Pinang. - Bernama

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad