web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Shahidan Kritik MP Kerajaan Tak Hadir Pindaan SOSMA 

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Mar 2022 4:47PM

Situasi di sekitar Dewan Parlimen ketika sesi undi belah bahagian bagi pergulungan perbahasan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen, Rabu lalu. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan mampu mendapat majoriti mudah sekiranya Datuk Seri Hamzah Zainuddin menyambung ucapan usul pindaan Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah) Khas 2012 (SOSMA) untuk beberapa minit lagi ketika persidangan itu. 

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, sebaik Menteri Dalam Negeri itu habis menggulung dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun mengarahkan undi belah bahagi diadakan, empat Ahli Parlimen kerajaan baru masuk ke dewan persidangan. 

"Empat Ahli Parlimen itu adalah Tan Sri Annuar Musa, Datuk Zahidi Zainul Abidin, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Datuk Seri Tiong King Sing.

"Bagaimanapun, mereka tidak dibenarkan mengundi kerana dianggap sudah terlewat, disebabkan Tan Sri Azhar Azizan Harun menerima bantahan daripada Ahli Parlimen blok pembangkang," katanya, hari ini. 

Lantaran itu Shahidan menegaskan, kerajaan tidak kalah dan menganggap keputusan 84-86 itu sebagai ‘kemenangan yang tertangguh’.

Pada masa sama, beliau mengkritik keras Ahli Parlimen kerajaan yang tidak hadir pada masa pengundian bagi menyambung Akta SOSMA di Dewan Rakyat Rabu lalu, sebaliknya membuat kenyataan konon kerajaan hilang keyakinan.

“Apa yang berlaku di Parlimen kelmarin (Rabu), apabila Menteri dapat maklumat Ahli Parlimen kerajaan tidak cukup, dia sepatutnya sambung bercakap, kerana (kalau) dia tidak sambung bercakap, akhirnya empat Ahli Parlimen yang datang ketika itu tidak boleh mengundi sebab pihak pembangkang bising.

"Padahal empat Ahli Parlimen ini masuk ke dewan sebelum diumumkan mengundi. Mereka sepatutnya dibenarkan mengundi. Masa itu Ahli Parlimen kerajaan ada 84 orang, yang datang lewat itu ialah Anuar Musa, Zahidi Zainul Abidin, Azmin Ali dan Tiong King Sing. Jadi, jumlahnya 88 orang, pembangkang 86 orang.

“Dari segi undi bukan kita (kerajaan) kalah, tapi kemenangan tertangguh, bukan kita tolak pun, dan SOSMA ini kita akan bawa bulan Julai,” katanya. 

Menurut Shahidan, selepas keputusan yang tidak memihak kepada kerajaan itu, heboh di luar sana mendakwa kerajaan telah hilang kepercayaan, sedangkan bukan itu kejadian sebenar.

“Orang kata kita hilang kepercayaan, tidak. Jangan kata kerajaan hilang kepercayaan, kena tanya kenapa orang lain (Ahli Parlimen kerajaan) tidak hadir.

"Tugas Ahli Parlimen ialah hadir Parlimen. Ini dia nak sembunyi dia tak hadir, dia kata kerajaan hilang kepercayaan, tidak. Awak Ahli Parlimen, kenapa tak hadir? Kena hadirlah, tugas Ahli Parlimen ialah hadir. Dia (mereka) kata ‘berniaga’, tak boleh. Berniaga nombor dua. Ahli Parlimen nombor satu ialah wakil kepada rakyat. Rakyat nak Ahli Parlimen hadir Parlimen. Jangan gi komplen (kata) kerajaan hilang kepercayaan,” tegasnya. 

Ahli Parlimen Arau berkata, beliau berang kerana dakwaan bahawa kerajaan hilang keyakinan itu dibuat Ahli Parlimen kerajaan yang tidak hadir ke Parlimen untuk mengundi.

“Bising kata kerajaan sudah hilang konfiden, yang bercakap itu adalah Ahli Parlimen sendiri, tetapi mereka tidak hadir Parlimen.

“Kalau ikut zaman dulu, orang yang tidak hadir Parlimen kena ambil tindakan. Sekarang ini mereka seronok, bebas untuk mengkritik dan sebagainya. Mereka lupa mereka yang tidak hadir itu kena dipersoalkan kenapa tidak hadir (sehingga) menyebabkan kita kalah,” katanya. - Getaran, 26 Mac 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam