Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 3 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


SOP Pengembara Dilonggarkan, Pakar Bimbang 'Pembawa' Varian Baharu

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Mar 2022 3:14PM

Pada 8 Mac lalu, kerajaan telah memutuskan supaya sempadan negara dibuka bermula 1 April ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bermula 1 April ini, sempadan negara mula dibuka kepada pengembara termasuk dari 18 negara berisiko tinggi varian Omicron.

Pendek kata, SOP kemasukan pengembara luar negara ke Malaysia dilonggarkan sejajar dengan tindakan kerajaan mahu memulihkan ekonomi negara yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Malah kerajaan turut memberi jaminan akan memastikan proses pembukaan sempadan negara termasuk laluan udara dan darat pada 1 April kelak berjalan dengan lancar, selamat, cekap dan tanpa banyak karenah birokrasi.

Dr Sharifa Ezat Wan Puteh
Dr Sharifa Ezat Wan Puteh

Meskipun akur dengan keputusan itu, Pakar Kesihatan Awam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh meluahkan kebimbangan mengenai penularan varian baharu terutamanya dari negara berisiko tinggi varian Omicron.

Malah beliau meramalkan akan berlaku lonjakan kes selepas sambutan Aidilfitri susulan peningkatan pergerakan dalam negara sepanjang tempoh itu.

“Kalau pembukaan sempadan antara Malaysia-Singapura, saya tak rasa isu besar kerana Singapura kadar vaksinasi agak tinggi. Tapi kalau negara berisiko, kemungkinan bawa kes masuk dan juga varian baharu. 

“Misalnya banyak tempat di United Kingdom, subvarian Omicron BA.2 dominan. Ia mudah berjangkit. Jadi kesannya kita boleh tengok lepas Raya nanti sebab sebelum itu akan ada banyak pergerakan. Pelancong masuk, orang kita pun sama berjalan,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Walaupun berlaku peningkatan kes, Dr Sharifa Ezat berpendapat, ia tidaklah mencetuskan gelombang besar sebagaimana yang pernah berlaku sebelum ini.

“Saya rasa kes import akan meningkat tapi tidaklah akan menyebabkan gelombang besar. Kalau ada pun gelombang kecil kerana rakyat luar negara pun sudah divaksin.

“Rakyat kita dalam erti kata lain dilindungi juga sebab sudah divaksin. Cuma itulah yang kita bimbangkan kerana varian baharu agak berbahaya apatah lagi jika ia varian ganas,” katanya.

Petugas kesihatan di China melakukan ujian COVID-19 di Shanghai, pada 23 Mac 2022 - Gambar AFP
Petugas kesihatan di China melakukan ujian COVID-19 di Shanghai, pada 23 Mac 2022 - Gambar AFP

Pada masa sama, beliau menyarankan agar kerajaan mempertimbangkan untuk tidak membenarkan pengembara yang menerima vaksin primer Sinovac memasuki negara ini.

“Saya pun pelik negara luar seperti Jerman, ada vaksin dia tak terima misalnya Sinovac, tapi kita semua vaksin kita terima. Sepatutnya kalau hanya ada Sinovac sahaja kita tak patut terimalah, sebab rakyat kita pergi luar negara pun diusir.

“Sekarang saya tengok semua ‘free and easy’ seolah-olah macam semua pelancong dari China semua boleh masuk walaupun mereka ambil vaksin Sinovac sahaja. Ini tidak adillah sebab rakyat kita pun, kerajaan suruh ambil dos penggalak,” katanya.

Katanya, tindakan itu perlu dilakukan bagi mengekang penularan jangkitan COVID-19 memandangkan kesan antibodi dihasilkan vaksin Sinovac menurun lebih cepat.

“Itu yang kita takut, mereka (China) mungkin ada kes semula. Jadi kemungkinan risiko lebih tinggi kepada mereka. 

“Sebab itulah saya kurang bersetuju apabila lebih banyak SOP dilonggarkan. Tapi itulah kerajaan kena bersedia jugalah untuk menghadapi apa juga kemungkinan,” katanya.

Dr Malina Osman
Dr Malina Osman

Sementara itu, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Jabatan Mikrobiologi Perubatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Malina Osman berpendapat, pembukaan sempadan negara akan dilaksanakan secara cekap dan selamat meskipun lebih banyak SOP dilonggarkan.

Malah katanya, tindakan kerajaan melonggarkan SOP kepada pengembara bukan satu isu kerana kita tidak boleh bergantung kepada kawalan pergerakan selama-lamanya.

“Pada pandangan saya tiada isu kerana pada masa ini, ramai sudahpun divaksin dan prosedur pencegahan sudah difahami majoriti masyarakat.

“Kelonggaran itu selari dengan peralihan ke fasa endemik. Untuk meneruskan proses pemulihan ekonomi negara, kita perlu ‘move on’,” katanya.

Beliau turut menasihati rakyat di negara ini supaya tidak bimbang dengan kelonggaran SOP yang ditetapkan kerajaan kepada pengembara kerana situasi COVID-19 ketika ini masih terkawal.

Katanya, angka-angka dari indikator kawalan wabak secara umum pada ketika ini dalam pola menurun.

“Kita perlu memahami statistik epidemiologi dengan sebaik-baiknya. Terjemahan data pada masa ini perlu ditumpukan kepada kemasukan ke wad dan Unit Rawatan Rapi (ICU) serta angka kematian.

“Angka kes baharu dan kes aktif tidak lagi sesuai digunakan sebagai penanda aras keterukan wabak kerana pada masa ini kita sudahpun menerima vaksin. Saya mohon semua pihak dapat memahami situasi ini,” katanya.

Justeru beliau menasihati rakyat supaya terus mematuhi SOP ditetapkan walaupun beberapa kelonggaran telah diberikan kerajaan ketika ini.

“Kerjasama semua pihak diperlukan. Sudah sampai masanya setiap individu mengambil berat tentang diri masing-masing.

“Jangan serahkan tanggungjawab kepada kerajaan untuk melindungi diri kita daripada jangkitan. Tidak timbul isu sekiranya semua pihak memahami tanggungjawab masing-masing,” katanya. - Getaran, 26 Mac 2022

Sorotan

1

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

2

Arab Saudi Nasihat Umat Islam Tidak Terpedaya Iklan Haji Palsu Di Media Sosial

3

Terengganu Langkah Kanan, Syafiq Ahmad Jaring Gol Terpantas Di Selayang

4

25 Tahun PKR: Hayati Perjuangan, Jangan Alpa Kuasa Dimiliki - Anwar

5

PRK KKB: Warga Emas Sanggup Tempuh 200 KM Untuk Mengundi

6

AJK Masjid Arah Terbalikkan Baju Sudah Beri Penjelasan Dan Mohon Maaf - Exco

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Akaun 3 Untuk Teruskan Kelangsungan Hidup, Selesaikan Urusan Peribadi

oleh Diyana Nawwar

Semasa 22 jam yang lalu

Pernah Melihat Mereka? Sila Hubungi Polis Jika Ada

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Disambar Buaya Ketika Tangkap Ikan Di Tebing Sungai

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Perselisihan Faham Punca Pusat Hiburan Dibaling Bom Petrol - Polis