web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sahabat Mandi Manda Sungai Klang Ditemui Lemas

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Mar 2022 9:09AM

Anggota Bomba mengusung mayat salah seorang warga Pakistan yang lemas ketika berenang di Sungai Klang, semalam. - Gambar ihsan Bomba

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dua bersahabat ditemui lemas selepas semalaman hilang dibawa arus ketika berenang di Sungai Klang, petang semalam.

Dalam kejadian itu, dua lelaki warga Pakistan berkenaan dilaporkan hilang kira-kira jam 11.27 malam kelmarin, ketika berenang di Sungai Klang berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) La Salle, Brickfields.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner (ACP) Amihizam Abdul Shukor berkata, susulan laporan diterima, pihaknya dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melaksanakan operasi mencari dan menyelamatkan mangsa.

Katanya, operasi yang turut mendapat bantuan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu memfokuskan kepada usaha mencari di sepanjang Sungai Klang.

“Hasil operasi mencari dan menyelamat yang dilancarkan itu dan berdasarkan maklumat orang awam, mangsa pertama ditemui lemas berhampiran sungai Masjid Petaling pada jam 4.10 petang semalam.

“Mangsa kedua pula ditemui sejam kemudian di sungai berhampiran Kampung Tengah, Subang Jaya,” katanya malam tadi.

Amihizam berkata, mayat kedua-dua lelaki terbabit kemudian dihantar ke hospital untuk proses bedah siasat.

Sementara itu, jurucakap JBPM Kuala Lumpur berkata, mayat mangsa pertama ditemui pada jarak kira-kira enam kilometer manakala rakannya pula ditemui sejauh 12 kilometer dari lokasi asal mereka berenang.

“Operasi turut disertai pasukan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Kuala Lumpur yang membawa empat unit kayak dan dua unit peralatan menyelam.

“Selain itu, kita juga mendapatkan bantuan daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong ketika menaikkan mangsa kedua,” katanya. - Getaran, 25 Mac 2022

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Politik 11 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Luar Negara 18 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran