web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ibu Bapa Mendiang Beng Hock Fail Tindakan Undang-Undang, Mohon PDRM Lengkap Siasatan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Mar 2022 1:11PM

Gambar fail pada 2011 menunjukkan Teng Shuw Hoi memegang gambar mendiang Teoh Beng Hock. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ibu bapa mendiang Teoh Beng Hock telah memfailkan tindakan undang-undang di Mahkamah Tinggi di sini bagi memohon supaya Polis Diraja Malaysia (PDRM) melengkapkan siasatan berhubung kematian anak mereka  hampir 13 tahun lepas.

Teoh Leong Hwee, 74, dan isterinya, Teng Shuw Hoi, 69, selaku pemohon memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman menerusi Tetuan Karpal Singh & Co. pada 4 Januari lepas dengan menamakan Ketua Polis Negara, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, PDRM dan kerajaan Malaysia sebagai responden pertama hingga keempat.

Permohonan itu ditetapkan untuk pendengaran pada 16 Jun ini di hadapan Hakim Datuk Noorin Badaruddin.

Dalam permohonan itu, pasangan suami isteri berkenaan memohon deklarasi bahawa kegagalan responden pertama, kedua dan ketiga untuk melengkapkan siasatan berhubung kematian anak mereka dalam jangka masa munasabah telah melanggari Seksyen 20(3) Akta Polis 1967.

Mereka juga menuntut deklarasi bahawa PDRM cuai serta cuba menafikan hak keperlembagaan pemohon di bawah Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan selain memohon suatu perintah mandamus agar responden pertama (Ketua Polis Negara) melengkapkan siasatan kematian si mati (Beng Hock) dalam tempoh sebulan dari tarikh penghakiman.

Permohonan itu difailkan antaranya atas alasan walaupun tiga pasukan khas ditubuhkan untuk menyiasat punca kematian si mati, siasatan itu didapati belum lengkap kerana berdasarkan surat Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM bertarikh 21 September 2021 menyatakan bahawa Jabatan Peguam Negara telah menyerahkan kembali kertas-kertas siasatan kepada Ketua Polis Negara pada 3 September 2021.

Menurut pemohon, kertas-kertas siasatan berhubung kematian si mati telah pun berkali-kali dikembalikan kepada responden pertama, kedua dan ketiga oleh Jabatan Peguam Negara untuk siasatan lanjut.

Dakwa mereka, adalah jelas bahawa siasatan kematian si mati masih belum dilengkapkan oleh pihak polis walaupun kematian itu berlaku hampir 13 tahun lepas.

Beng Hock ditemukan mati pada 16 Julai 2009 di tingkat lima bangunan Plaza Masalam, Shah Alam, selepas memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di tingkat 14 bangunan sama.

Mendiang adalah Setiausaha Politik kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah yang ketika itu merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru Selangor.

Pada 5 Januari 2011, Mahkamah Koroner Shah Alam memutuskan kematian Beng Hock pada 2009 bukan disebabkan membunuh diri atau dibunuh serta mendapati tiada pihak ketiga terlibat dalam kematiannya manakala pada 21 Julai 2011, Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kematian Beng Hock memutuskan bahawa kematiannya itu akibat membunuh diri.

Pada 5 September 2014, Mahkamah Rayuan menukar keputusan terbuka dalam kes kematian Beng Hock dan memutuskan bahawa kematiannya itu akibat tindakan menyalahi undang-undang oleh seorang atau beberapa orang yang tidak dikenali. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan