web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mulakan Rundingan Ambil Kembali Labuan Dari Wilayah Persekutuan - Teck Lee

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Mar 2022 8:12PM

Yong Teck Lee (kanan) ketika hadir di DUN Sabah. - Gambar ihsan Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Kerajaan Sabah diminta memulakan rundingan untuk mengambil kembali Labuan dari Wilayah Persekutuan sekali gus mengembalikan persempadanan asal negeri itu pada tahun 1963.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik Datuk Yong Teck Lee (SAPP) berkata demikian ketika membahas cadangan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, di sini, hari ini.

“Pengembalian Labuan kepada Sabah perlu selepas penyerahannya sebagai Wilayah Persekutuan kedua gagal mencapai matlamat melalui persetujuan kerajaan negeri ketika itu.

“Lima matlamat berkenaan adalah integrasi, keselamatan, mempercepat pembangunan, pusat persidangan antarabangsa dan pusat perniagaan gagal direalisasikan,” katanya.

Menurut beliau, Ketua Menteri Sabah ketika itu, Tan Sri Harris Salleh adalah individu yang bertanggungjawab menyerahkan Labuan.

“Saya tahu kerajaan Persekutuan tidak akan terus bersetuju dengan cadangan ini, tetapi kita boleh ‘buka jalan’, misalnya Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), selepas 12 tahun (dituntut) barulah diberi perhatian,” katanya.

Justeru, Teck Lee meminta agar kerajaan negeri mempertimbangkan cadangan tersebut supaya ia boleh dijadikan legasi kepada generasi akan datang.

Mantan Ketua Menteri Sabah itu turut mencadangkan kerajaan negeri meminta kebenaran kerajaan pusat untuk mendedahkan kepada umum laporan siasatan khas tragedi kapal terbang Nomad yang terhempas pada 1976.

“Laporan khas berkaitan nahas yang mengorbankan nyawa ramai anggota kabinet Sabah termasuk Ketua Menteri ketika itu, kini disimpan di arkib Australia,” katanya. - Getaran, 22 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Bayaran Interim Geran Khas Sabah Dinaikkan Kepada RM1.5 Bilion - PM

4

Semasa 1 minggu yang lalu

PM Lawat Sabah Esok, Rasmi Pesta Kaamatan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 5 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad