web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wabak LSD di Terengganu Terkawal 

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2022 4:17PM

Terengganu mensasarkan 80 peratus suntikan vaksin bagi lembu sebagai langkah pencegahan wabak LSD.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Situasi wabak penyakit kulit kental atau LSD yang menyerang ternakan lembu di Terengganu berada dalam keadaan terkawal, kata Pengarah Jabatan Veterinar negeri, Dr Anun Man.

Menurut beliau, ia dapat dilihat menerusi jumlah wabak LSD di negeri ini yang mencatatkan penurunan sebanyak 40 kes berbanding 60 Mei tahun lepas.

“Terengganu mensasarkan 80 peratus suntikan vaksin bagi lembu sebagai langkah pencegahan wabak LSD.

“Ketika ini kadar vaksinasi bagi penyakit ini baru mencapai 30 peratus daripada 850,000 lembu yang ada di negeri ini,” katanya kepada media selepas program pertandingan dan pameran baka 2019 di sini.

Justeru beliau berkata, jabatannya akan mempergiatkan program kesedaran mengenai kepentingan suntikan vaksin terhadap haiwan ternakan.

Jelasnya program kesedaran ini amat penting kerana masih ada segelintir penternak yang keberatan atau tidak membenarkan haiwan ternakan mereka divaksin.

“Kita buat (vaksinasi) ini secara berperingkat. Pada masa sama kita juga perlukan komitmen dari penternak berhubung program vaksinasi.

“Langkah ini perlu bagi mengelakkan kerugian yang besar dalam sektor perternakan,” katanya. - Getaran, 20 Mac 2022

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 9 jam yang lalu

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

MCMC Rampas 6,916 Peranti Komunikasi Tak Sah, Babit Nilai RM2.06 Juta

oleh Sophia Ahmad