web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Saya Tidak Kisah Dikritik Atau Dipanggil Pengkhianat - Khairuddin

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Mar 2022 8:42PM

Mohd Khairuddin ditemui media selepas merasmikan program pemberian minyak motor percuma di Kuala Nerus, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA NERUS -  Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali mengakui tidak kisah dikritik atau dipanggil pengkhianat kerana mengambil keputusan untuk meninggalkan PAS.

Katanya, kritikan ialah perkara biasa dan ia menunjukkan bahawa penyokong PAS sayang kepada parti itu.

“Kritikan itu biasa, kalau tidak ada kritikan itu luar biasa. Kalau kita dikritik kerana keluar PAS, itu perkara biasa kerana mereka sayangkan parti.

“Sama juga yang panggil saya pengkhianat, itu terserah kepada mereka. Saya tidak akan jawab apa- apa,” katanya kepada media selepas program pemberian minyak motor percuma di sini.

Pada masa sama beliau mengulangi pendirian untuk tidak menyertai UMNO.

“Saya lebih senang dengan prinsip untuk duduk bersama semua parti, walaupun didatangi banyak pihak. 

“Memang ada yang datang dan ia melibatkan pelbagai parti. Maksud saya, bukan tawaran untuk sertai parti tapi (bagi) memberikan semangat dan pandangan kepada saya,” katanya.

Jelas Mohd Khairuddin, hubungannya bersama Tan Sri Abdul Hadi Awang selaku presiden kekal baik.

“Saya tak menyimpan sebarang rasa kecil hati atau marah kerana digugurkan daripada jawatan disandang dalam PAS sebelum ini,” katanya.

Isnin lepas Khairuddin mengumumkan untuk keluar dari PAS bagi meneruskan prinsip menegur barisan kepimpinan yang didakwa tidak menguruskan parti dengan betul. - Getaran, 19 Mac 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 12 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan