web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Awas Penipuan Badal Umrah, Tawaran Murah Oleh Penuntut Malaysia Tidak Benar

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Mar 2022 4:31PM

Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tawaran pelaksanaan badal haji dengan kadar upah rendah yang dikendalikan oleh penuntut Malaysia di Mekah dan Madinah adalah tidak benar, kata Tabung Haji (TH).

Justeru, badan itu menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan menyelidik terlebih dahulu tawaran perkhidmatan badal haji yang ditawarkan oleh pihak atau agensi tertentu.

Jurucakap TH berkata, terdapat dua faktor utama yang menyukarkan penuntut Malaysia di Mekah atau Madinah menjalankan ibadat haji.

“Pertama, permit Haji harus dibeli dan amat sukar untuk mendapatkannya secara percuma.

“Kedua, terdapat tambahan kos lain yang tinggi seperti penginapan, pengangkutan, makanan dan lain-lain yang harus ditanggung untuk melaksanakan ibadat tersebut,” katanya dalam satu peringatan di Facebook, hari ini.

TH turut berkongsi kenyataan yang dikeluarkan Persatuan Mahasiswa Malaysia Arab Saudi Cawangan Madinah (PERSADA) berhubung perkara tersebut.

Menurut Yang Dipertua PERSADA, Afif Nu’man Azamiruddin, isu tawaran badal haji murah bukan suatu perkara baharu setiap kali musim haji tiba.

Katanya, pasti akan ada sesetengah pihak yang cuba untuk mengambil kesempatan atas perkara tersebut dengan menawarkan perlaksanaan badal haji pada kadar upah yang rendah, kononnya dikendalikam oleh penuntut Malaysia di Arab Saudi.

“Berhubung dakwaan berikut, PERSADA ingin menafikan sekeras-kerasnya hal tersebut kerana terdapat beberapa faktor yang menyukarkan pelajar di sini (Arab Saudi) untuk menunaikan haji, contohnya permit yang harus dibeli dan tidak mudah untuk diperoleh secara percuma seperti dahulu. 

“Hal tersebut ditambah pula dengan kos penginapan, pengangkutan, makanan dan lain-lain yang tinggi tidak memungkinkan kadar upah rendah seperti biasa ditawarkan.

Justeru, PERSADA sekali lagi ingin membuat penafian terhadap dakwaan tersebut,” katanya.

Afif Nu’man turut menasihatkan orang ramai khususnya rakyat Malaysia supaya lebih berhati-hati dan menyelidik maklumat terlebih dahulu berkenaan perkhidmatan Badal Haji yang ditawarkan. - Getaran, 19 Mac 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 18 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad