Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Maki, Hina Polis, Penolong Pengurus Tunggang Motosikal Tanpa Lesen Ditahan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2022 8:31PM

Mohamad Fahkrudin Abdul Hamid - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Seorang penolong pengurus ditahan selepas disyaki mengeluarkan kata-kata kesat yang berbaur penghinaan terhadap polis, disebabkan tidak berpuas hati apabila menerima saman kerana menunggang motosikal tanpa lesen, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 10.40 pagi itu, suspek seorang lelaki berusia 27 tahun terbabit didatangi anggota polis berhampiran sebuah stesen minyak di Kampung Kayu Ara, Damansara, kerana berada dalam keadaan mencurigakan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner (ACP) Mohamad Fahkrudin Abdul Hamid berkata, pemeriksaan yang dilakukan mendapati lelaki terbabit tidak memiliki lesen memandu kelas B2, justeru anggota terbabit mengeluarkan satu saman atas kesalahan tersebut.

“Apabila menerima salinan saman itu, suspek terus membuangnya sambil meninggikan suara dan menjerit-jerit, tanda tidak berpuas hati dengan tindakan polis terhadapnya.

“Polis cuba menasihatinya, tetapi tidak diendahkan sehingga suspek mengeluarkan kata-kata kesat yang berbaur penghinaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, suspek kini ditahan dan rakan dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya esok bagi mendapatkan perintah reman.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana mengeluarkan perkataan kurang sopan,” katanya. - Getaran, 18 Mac 2022

Sorotan

1

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

2

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

3

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

4

Arab Saudi Nasihat Umat Islam Tidak Terpedaya Iklan Haji Palsu Di Media Sosial

5

Terengganu Langkah Kanan, Syafiq Ahmad Jaring Gol Terpantas Di Selayang

6

25 Tahun PKR: Hayati Perjuangan, Jangan Alpa Kuasa Dimiliki - Anwar

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 12 jam yang lalu

Arab Saudi Lancar 15 Garis Panduan Haji Dalam 16 Bahasa Termasuk Bahasa Melayu

Semasa 1 hari yang lalu

PM Arah Tanam 100 Pokok Gantikan Pokok Terpaksa Ditebang

Semasa 1 hari yang lalu

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Tiba Di Republik Kyrgyz Untuk Lawatan Rasmi 2 Hari